Follow us

08 March 2010

Mee / Koew Teow Kari

Pada suatu siang tadi, isteri aku telah menelefon aku bertanyakan sama ada aku sudah makan tengah hari atau belum. Lalu aku jawab aku belum makan. Beliau mengatakan ada memasak sesuatu yang istimewa untuk aku di rumah. Aku bertanyakan masakan apakah itu namun aku perlu balik dan lihat sendiri. Kalau beritahu awal nanti tak 'surprise' kata beliau.

Selepas habis waktu bekerja, aku pun dengan segera balik ke rumah. Sesampainya di rumah terus aku ke dapur dan terlihatlah oleh aku periuk di atas 'stove'. Lalu aku lihat di dalamnya adalah kuah kari. Aku tahu mesti isteri aku membuat koew teow kari untuk aku.

Memandangkan sejak kebelakangan ini memang aku kerap makan koew teow kari, mungkin disebabkan itu juga agaknya isteri aku membuat koew teow kari untuk aku rasa. Bagaimanakah rasa koew teow masakan isteri aku ini? Jeng jeng jeng... mestilah sedap. Tengoklah gambar yang aku 'attach; di atas tu. Bermacam-macam ramuan diletakkan dalam koew teow kari itu.

Ada daging ayam, hati ayam, 'fish cake', 'fish ball' dan kerang. Tapi yang paling 'best' bila diletakkan taugeh. Aku memang suka kalau makanan berkuah seperti ini diletakkan taugeh sebab bagi aku taugeh ini akan memberikan rasa makanan lebih "ummmppphhh...".

Terima kasih duhai isteriku kerana membuat koew kari untuk abg.

No comments:

Post a Comment