Follow us

20 March 2010

Sehari Selepas Hari Jadi

17 Mac 2010 - Sementara menunggu aku pulang dari kerja, isteri telah ke Jusco Ipoh untuk berjumpa rakan beliau ketika menuntut di kolej kejururawatan dulu. Lama jugalah mereka berjalan-jalan di Jusco itu. Rakan beliau akan melangsungkan perkahwinan pada 27 Mac 2010 nanti di Tanjung Malim. Oleh itu, kami bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan isteri itu kerana pada majlis perkahwinan kami dulu beliau telah menghadirkan diri.

Aku pula berkursus "Back To Basic (Modul Geotenik)" pada hari tersebut. Mujur aku cuma berkursus di ibupejabat sahaja. Kebetulan kursus pula tamat awal, jadi aku telah segera pulang. Dalam perjalanan pulang itu, aku telah singgah ke rumah 'parent' sahabat baik aku di Taman Mewah kerana adik beliau memberitahu terdapat masalah berkaitan komputer yang menuntut kemahiran dan kepakaran aku untuk membaikinya. Chewah...

Aku dan Sahidan (sababat baik aku) memang agak rapat kerana kami telah bersahabat baik sejak dari Tingkatan 1 ketika berusia 13 tahun. Sehingga tahun 2010 ini bermakna sudah 17 tahun kami bersahabat. Keluarga aku sangat mengenali beliau dan begitu juga dengan keluarga beliau.

Aku telah berjinak-jinak dengan dunia pembaikan komputer ketika menuntut di UiTM Shah Alam dulu. Ketika itu aku melihat cara kawan-kawan membaiki komputer sahaja dan terlintas di benak fikiran aku untuk cuba membaiki komputer sendiri. Sejak dari itulah aku mengasah kemahiran aku membaiki komputer. Terima kasih kepada kawan aku bernama Ramli Bin Ishak kerana pada status 'beginner' dulu aku banyak bertanya pada beliau.

Masalah yang berlaku pada komputer adik sahabat aku itu adalah  "activation key expired" yang menyebabkan 'Windows' tidak boleh masuk selagi tidak 'renew windows license'. Jadi, aku telah masukkan 'serial number' yang baru untuk aktifkan 'Windows' itu semula.

Selepas selesai kerja-kerja membaiki komputer, aku telah ke Giant kerana isteri meminta aku untuk menunggu beliau di sana. Sementara munggu isteri sampai, aku telah memesan Nasi Ikan Pari + Sotong bakar di medan selera Giant. Perut pun sedang lapar dapat makan makanan yang enak sebegini memang menyelerakan. Setiap kali makan di medan selera Giant memang inilah makanan yang aku akan pesan.

Setelah menunggu hampir setengah jam barulah isteri sampai. Sambil meneman aku makan di selang seli dengan adegan suap-menyuap, isteri pun bercerita tentang apa yang dibuat di Jusco tadi. Sedang asyik bercerita, sedar tak sedar makanan pun habis dimakan. Kini tibalah masa untuk membeli apa yang patut di Giant ini.

Tujuan sebenar kami ke Giant adalah untuk membeli susu. Bukan susu untuk bayi tapi susu untuk ibu mengandung. Isteri memilih susu jenis EnfaMama A+ berperisa coklat. Untuk isteri tersayang, aku akan buat apa saja yang termampu tambahan pula isteri sedang mengandung anak sulung kami.

Kebiasaannya, pada setiap malam Isnin dan Rabu aku akan bermain badminton. Namun, disebabkan isteri berasa kurang sihat dan mengidam makan sup pula maka aku terpaksa menunda aktiviti bermain badminton pada malam tersebut dan mengutamakan kepentingan isteri. Aku telah membawa isteri untuk makan sup di Dataran Ipoh, iaitu tempat kegemaran isteri.

Selepas selesai makan sup barulah terukir senyuman di bibir isteri. Mungkin apa yang diidamkan sudah terlaksana agaknya. Hehe...

No comments:

Post a Comment