Follow us

30 March 2010

Ujian Ultrasound

Pada petang tadi lebih kurang pukul 2.30pm, aku telah menemani isteri ke klinik di Bercham Raya kerana isteri memaklumkan kepada aku beliau berasa kurang sihat. Beliau selsema dan batuk sejak 2 - 3 hari yang lalu.

Bagi mengelakkan keadaan kesihatan beliau terganggu, adalah lebih elok kiranya mendapatkan rawatan di klinik. Disebabkan keadaan isteri yang kurang sihat itu, doktor telah memberikan beliau cuti rehat selama 2 hari.

Di kesempatan itu juga, isteri telah mencadangkan supaya dibuat ujian ultrasound untuk melihat imbasan bayi. Beberapa hari yang lalu kami ada membuat ujian ultrasound di klinik di Sungai Besar, Selangor tetapi doktor memaklumkan supaya datang dalam tempoh sebulan untuk membuat ujian ultrasound sekali lagi kerana bayi masih belum kelihatan. Sementelah kami sendiri pun tidak berpuas hati dengan khidmat yang diberikan di klinik terbabit.

Arakian, di Klinik Harmoni di Bercham Raya itu doktornya memberikan khidmat yang boleh aku katakan kelas 'A'. Setelah melakukan ujian ultrasound tersebut, doktor mengatakan usia kandungan isteri aku sekitar 6 minggu 4 hari.

Aku gembira isteri aku kini hamil. 'Expected Deliver' adalah pada 24 November 2010, iaitu sama tarikh lahir dengan mak aku. Kelak boleh sambut hari lahir sama-sama.

1 comment:

  1. hikhik..alhamdulillah..sayang harap baby kita memiliki ciri2 papa dia..erm..nak namakan baby kite ape yer bie??

    ReplyDelete