Follow us

02 June 2011

Menonton Wayang Bersama Isteri

Pada 1 Jun 2011 (semalam), aku telah ke TGV Jusco Kinta City untuk menonton wayang. Sudah agak lama aku dan isteri tidak menonton wayang bersama. Maklumlah sejak kelahiran cahaya mata comel memang kami tidak berkesempatan untuk menonton wayang. Justeru itu, sebelum isteri memulakan tugas (selepas cuti pembedahan) pada hari ini maka beliau telah mengajak aku untuk menonton wayang.

Pada asalnya beliau ingin menonton cerita Kungfu Panda 2, akan tetapi aku memilih untuk menonton cerita Pirate Of The Carribean. Memandangkan hari Rabu merupakan "hari menonton wayang" maka keadaan di TGV Kinta City itu sendiri agak sesak. Masing-masing ingin menonton wayang agaknya kerana harga tiket yang lebih murah pada hari Rabu.

Kadar jualan tiket pun laris bak goreng pisang panas. Cerita Kungfu Panda 2 pun cepat sahaja sudah sold. Jadi isteri pun sudah tidak ada banyak pilihan melainkan meneman aku menonton cerita Pirate Of The Carribean. Itupun tinggal tayangan pukul 10.15 malam yang masih ada. Filem 3D pulak tu. Mahu tak mahu beli jugaklah tiket yang berharga RM20 tu.

Setelah menonton Pirate Of The Carribean - On Stranger Tides ini, aku berpendapat jalan ceritanya agak kurang menarik dan tidak banyak aksi yang menghiburkan sebagaimana siri-siri sebelum ini. Bagi aku ia agak membosankan. Tidak banyak aksi visual 3D yang boleh dipaparkan. Boleh dikatakan merugikan duit ajelah. Untuk cerita ini aku bagi rate 2 setengah bintang. Best lagi cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Barangkali pengarah filemnya Rob Marshall sudah kekeringan idea agaknya tapi masih tetap mahu bikin filem.

Walaubagaimanapun, apa yang terpenting adalah aku dapat meluang masa emas bersama isteri tercinta menonton wayang. Kasihan pulak terpaksa tinggalkan anak comel seketika untuk dijaga oleh Embahnya sementelah ayah dan mamanya beromantik. Kelak bila dah boleh berjalan dan tidak meragam baru boleh dibawa menonton wayang bersama sekeluarga. I Love Living Live. I Am Happy!

1 comment:

  1. aku cemburu...susah nak cari masa menonton ngan isteri skrg...tak kan nak angkut 2 hero ke pawangan? hehehehe

    ReplyDelete