Follow us

07 May 2011

Menonton Perlawanan Bola Sepak Perak vs Pahang Di Stadium Perak

Pada 6 Mei 2011, aku telah pergi ke Stadium Perak untuk menonton perlawanan bola sepak antara Perak vs Pahang. Sejak kebelakangan ini aku memang kerap menonton perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukan Perak. Yelah, siapa lagi nak menyokong pasukan Perak kalau tak rakyat negeri Perak sendiri.

Pada mulanya aku ingatkan perlawanan bola sepak ini akan diadakan pada 7 Mei 2011. Aku pun tak tahu mengapa tarikh perlawanan diubah ke 6 Mei 2011 pulak. Aku ada bertanyakan kepada seorang sahabat yang famous di kalangan peminat bola sepak di Malaysia berkaitan perkara ini, menurutnya lagi dia sendiri tak pasti mengapa FAM mengubah tarikh perlawanan. Nampaknya kena tanya FAM pulaklah lepas ni. 

Sebenarnya antara sebab aku kerap ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak adalah kerana aku mendapat 2 free pass yang dihadiahkan oleh sahabat aku itu. Kalau kebetulan isteri balik bercuti bolehlah menonton bersama isteri. Jika isteri bekerja, maka aku menontotn bersama best friend aku, iaitu Mizi dan Faiez.

Review tentang game malam tadi adalah aku masih lagi kecewa dengan tahap persembahan dan permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Perak. Permainan pasukan Perak masih lagi belum mencapai standard yang diharapkan. Serangan-serangan masih kurang berbisa dan kerap off target. Perak perlu membaiki bahagian midfield dan pertahanan dengan segera bagi mengelakkan sokongan penyokong dan penonton semakin berkurangan.

Aku melihat malam tadi penonton sudah semakin berkurangan. Tidak sepertimana ketika aku menyaksikan perlawanan antara Perak vs Terengganu dan Kedah yang lalu. Segeralah bangunan duhai pasukan Perak. Baiki tahap permainan dan kedudukan pasukan di carta liga. Kembalikan keyakinan penyokong untuk pasukan bola sepak Perak yang disayangi ini.

No comments:

Post a Comment