Follow us

04 July 2012

The Truth Of My Nightmare Past Story

(Gambar sekadar hiasan.)

Assalammualaikum wbt. sebagai pembuka bicara blog.

Rasanya sudah amat lama aku tidak memblog, iaitu kira-kira setahun lebih. Mungkin ada di kalangan rakan-rakan berpendapat aku umpama "hangat-hangat tahi ayam" kerana di awal sahaja yang tampak rajin tetapi lama kelamaan menjadi malas. Alasan itu ada benarnya jugak dan tidak aku nafikan.

Sebenarnya aku tidak menyepi dari dunia blog. Ini adalah kerana aku masih aktif memblog tapi hanya untuk urusan bisnes. Maklumlah memblog urusan bisnes lebih masyuk dan mendatangkan hasil. Setidaknya berisi juga poket dan amaun dalam akaun bank.

Tujuan aku memblog kali ini adalah untuk menceritakan hal sebenar yang telah lama aku simpan. Semuanya berkaitan diri aku sahaja. Jadi, terpulang kepada anda untuk meneruskan pembacaan atau berhenti membaca sampai di sini sahaja. Mungkin ada di antara anda yang akan bosan dan mengatakan aku melalut selepas ini.

Emosi aku pada hari dan tarikh ini adalah sebagaimana reaksi muka kucing pada gambar di atas tu. Geram, geram aku geram. Aku masih ingat dulu kawan sekolej aku suka menyanyikan lagu "Geram" ini. Bak kata orang-orang tua sarang tebuan jangan dijolok. Zaman sekarang ini orang dah berani jolok sarang tebuan tapi tak cukup perisai dan ilmu. Jadi padahnya sendirilah yang tanggung.

Suatu ketika dulu aku pernah berkawan dengan seorang perempuan bernama "dot dot dot". Perkenalan pun berpunca menerusi laman mIRC, iaitu salah satu medium chat maya ini. Bebudak zaman sekarang mungkin tak mengenali apa itu mIRC. Dulu selain Yahoo Messenger dan ICQ, mIRC juga medium chat yang digemari ramai. Tapi kini disebabkan revolusi Facebook yang lebih mesra pengguna, maka mIRC semakin dipinggirkan.

Perkenalan dengan "dot dot dot" ini bermula sejak tahun 2001, masa itu aku masih berkawan dengan seorang lagi gadis "SH" yang sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Perancis. Disebabkan aku dah syok dengan "dot dot dot" ini maka aku putuskan hubungan yang telah aku bina selama 6 tahun dengan gadis "SH" tersebut. Begitu kejamnya aku ketika itu. Sebabnya aku terpana dengan kata-kata "dot dot dot" ini, iaitu "Sekiranya saya tidak dapat memiliki awak, izinkan saya menyayangi awak." Maka aku declare couple dengan "dot dot dot" sempena tarikh hari aku lahir.

Aku akui memang aku dilamun chenta dengan "dot dot dot" ini sehingga aku sanggup buat apa sahaja untuk beliau. Masa tu aku masih belajar lagi di UiTM. Belajar pun tak habis lagi dah sibuk nak berchenta. Tapi "dot dot dot" dah bekerja masa tu. Aku sanggup hantar dan ambil "dot dot dot" ke tempat kerja setiap hari dengan menunggang motosikal pada masa itu. Maklumlan masa tu tak kerja lagi jadi belum mampu nak beli kereta.

Sehinggakan kalau "dot dot dot" ada function malam atas urusan pejabat pun aku tetap hantar dan ambil "dot dot dot" ini. Sehinggakan prestasi pelajaran aku pun merosot dan mengulang paper banyak kali. Mujur sampai tak kena tendang dari UiTM aje.

Aku berkawan dengan "dot dot dot" sehingga 2007. Jika dihitung, lama juga tempoh masa tu. Namun, hubungan rapat aku dengan "dot dot dot" hanya 2 tahun terawal sahaja. Baki tahun selebihnya hubungan dah mulai renggang. Semuanya gara-gara apabila "dot dot dot" mula berjinak dengan kumpulan radio internet yang dah pun pupus kini. Suatu ketika dulu radio internet tersebut memang cukup popular.

Aku tidak suka "dot dot dot" menyertai kumpulan radio internet tersebut kerana aktiviti kumpulan tersebut lebih banyak sosial. Daripada "dot dot dot" bertudung terus tercabut tudungnya. Ahli kumpulan tersebut lebih suka menghasut "dot dot dot" untuk putuskan hubungan dengan aku untuk diganding dengan salah seorang ahli kumpulan yang lain. Lantaran itulah aku sangat membenci radio internet tersebut berserta ahli kumpulannya.

Maka disebabkan itu aku dan "dot dot dot" seringkali bergaduh, tidak sehaluan dan tidak sependapat. Namun, aku dan "dot dot dot" akhirnya melangsungkan majlis pertunangan pada 2005 (jika tidak silap). Harapan aku semoga bila dah bertunang ni semuanya akan pulih. Namun, sangkaan aku meleset sama sekali. Ayat yang pedih dan berbisa yang keluar dari mulut "dot dot dot" ke telinga aku ialah " Sebenarnya saya tak berharap pun untuk bertunang dengan awak." Itu adalah kata-kata seminggu selepas bertunang dan sangat menikam jantung.

Di fikiran aku terfikir apakah yang perlu aku katakan kepada keluarga aku. Bertunang baru seminggu dah nak putus. Maka dengan itu aku bertindak secara diplomasi dengan harapan "dot dot dot" boleh dilembutkan hatinya dan menerima aku. Aku sudah umpama menagih kasih dibuatnya.

Untuk mempertahankan hubungan itu maka aku korbankan segala ego aku. Apa sahaja yang dimahukan aku turuti. Walaupun dalam masa yang sama aku tahu "dot dot dot" berkawan dengan lelaki lain. 

Kisah pertama bermula antara "dot dot dot" dan lelaki "M". "Dot dot dot" mengenali lelaki "M" di mIRC. Baru beberapa hari mengenali lelaki "M", "dot dot dot" minta untuk putuskan hubungan dengan aku. Semuanya gara-gara terpana dengan kata-kata manis lelaki "M" sehingga sanggup memasukkan sejumlah duit ke akaun bank lelaki "M" walaupun tanpa mengenali secara dekat latar belakang lelaki "M". Akibatnya, "dot dot dot" pun tertipu kerana lelaki "M" tidak dapat dihubungi selepas itu.
 
Selepas gagal dengan lelaki "M", "dot dot dot" beralih ke lelaki "S" pula. Hubungan "dot dot dot" dengan lelaki "S" lebih rapat kerana mereka lebih kerap berjumpa. Apa yang paling menyakitkan hati adalah apabila bila melihat "dot dot dot" menunggang motosikal bersama lelaki "S" itu sambil "dot dot dot" melemparkan senyuman kepada aku.  Motosikal itu pulak adalah hasil duit pinjaman aku dari salah sebuah syarikat pijaman kredit yang aku berikan kepada "dot dot dot" kononnya "dot dot dot" memerlukan sedikit duit. Namun, aku hanya mampu bersabar dan pasrah. Hubungan "dot dot dot" dengan lelaki "S" berakhir apabila lelaki "S" pulang ke kampung halamannya di salah sebuah negeri di Borneo.

Selepas hubungan "dot dot dot" dengan lelaki "S" terputus, "dot dot dot" menjalin hubungan dengan lelaki "P" pula. Lelaki "P" adalah suami orang dan apa yang menariknya adalah lakonan "dot dot dot" yang  begitu mantap dengan berbaik-baik dengan isteri lelaki "P" dan dalam masa yang sama menjalin hubungan dengan lelaki "P". Pernah suatu ketika ketika ingin menghantar "dot dot dot" ke suatu function di PWTC, aku mengajak "dot dot dot" untuk bersarapan bersama tetapi "dot dot dot" mengatakan sudah lewat walhal masa masih awal lagi. Rupa-rupanya "dot dot dot" ingin segera berjumpa dengan lelaki "P" di sana kerana rindu dendamnya itu. Semuanya diceritakan di laman blog "dot dot dot" itu sendiri.

Aku terbaca laman blog "dot dot dot" secara tidak sengaja. Memang terbakar jiwa juga dibuatnya ketika membaca luahan hati "dot dot dot"  itu. Aku menghubungi "dot dot dot" dan bertanyakan tentang laman blognya itu. "Dot dot dot" memarahi aku kerana menceroboh 'privacy'nya. Rupanya-rupanya ada bangangnya jugak "dot dot dot" ini. Kalau dah taknak orang lain membaca blog, janganlah memblog. Tulis saja dalam buku diari. Itulah, orang nak memblog, dia pun nak memblog tapi bangang.

Apakah kesudahan "dot dot dot" dengan lelaki "P"? Sudah semestinya putus juga sebab lelaki "P" lebih sayangkan keluarganya. Sudah 3 kali "dot dot dot" putus hubungan dengan lelaki lain dan aku masih setia dengan "dot dot dot" untuk bersama dengan aku. Tapi ego "dot dot dot" begitu tinggi, dan akhirnya aku sendiri putuskan hubungan secara rasmi dengan "dot dot dot" pada hari lahirnya sebagai hadiah dan tanda ingatan bermakna. Dan apa yang pelik dan menariknya adalah "dot dot dot" mengucapkan kata-kata rindu pada aku dan keluarga aku setelah beberapa minggu hubungan kami terputus dan setelah kira-kira 3 tahun tidak terungkap.

Untuk "dot dot dot", ingin aku ucapkan kembali pada ketika itu juga dengan kata-kata ini, "Bullshit and go to hell." Tapi aku tidaklah sekejam kamu yang memperlakukan aku macam sampah. Kini aku sangat menyampahkan kamu dan keluarga baru kamu itu. Jagalah hal keluarga kamu itu dan jangan nak sibuk hal keluarga aku. Jagalah suami kamu sekarang ini dan jangan curang sebagaimana kamu perlakukan kepada aku dulu.

Mengapa aku marah dan geram sebegini? Ini adalah kerana kamu "dot dot dot" sering mencerca dan memfitnah isteri aku sekarang ini. Lepas baling batu, sembunyi tangan. Tak mengaku apa yang dah dibuat. Aku bukan nak menjatuhkan atau mengaibkan kamu. Dan aku boleh katakan aku tak sebut nama sesiapa pun dalam penulisan ini. Dan itulah yang kamu selalu lakukan. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.

Dulu kita sudah berjanji untuk tidak menyentuh atau mengungkit tentang sebarang hal berkaitan kita. Tapi nampaknya kamu sering memulakan dan menghebahkan cerita tak betul. Maka perjanjian itu umpama sampah sahaja kerana kamu melanggarinya.

Untuk pengetahuan kamu wahai "dot dot dot", keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kamu adalah datangnya dari diri aku sendiri kerana aku sudah tidak sanggup untuk bersama dengan perempuan yang sering curang dan tak kenal erti terima kasih. Aku mengenali rapat dengan isteri aku setelah kita tidak ada apa-apa hubungan lagi. Aku inginkan perempuan yang benar-benar ikhlas dalam perhubungan maka dengan itu aku memilih isteri aku sekarang ini. Kamu pulak? Lepas dah putus baru nak rapat dengan aku? Walaupun dah bersuami tapi masih tak puas hati? Kamu memang bodoh dan bangang. 

Orang kata tuah hanya datang sekali, tapi dulu aku bagi kamu 3 peluang tapi kamu sia-siakan. Terlajak perahu boleh diundur. Kesan parut pada kulit boleh dibaiki dengan pembedahan plastik. Kesan parut di hati akan diingati sampai bila-bila. Kamu berbahagialah dengan keluarga kamu sekarang. Dan aku kini bahagia dengan keluarga aku.

1 comment: