Follow us

23 April 2011

mIRC - Naik Pangkat Jadi Service Operator Di Server KampungChat.Org

Sudah hampir sebulan aku tidak memblog. Nampaknya semakin lama semakin kurang aku memblog. Tapi itu bukan petanda aku sudah ingin menamatkan aktiviti memblog aku ini. Cuma sekali sekala bila ada kelapangan barulah aku memblog. Aku cuma tidak mahu mewajibkan diri aku untuk memblog dan aku juga tidak mahu menghambakan diri untuk memblog.

Kali ini, cerita yang ingin aku sampaikan adalah mengenai aktiviti IRC yang telah aku ceburi sejak tahun 2003 sehingga kini atau dengan bahasa mudahnya adalah chat. Mungkin ada dikalangan anda yang tahu mengenai IRC ini dan mungkin juga ada yang baru tahu ataupun memang tak tahu langsung.

Pada 8 April 2011 yang lalu, pihak pengurusan server IRC KampungChat.Org telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal-hal berkaitan server. Kiranya macam mesyuarat agunglah gitu. Mesyuarat tersebut telah diadakan secara online pada pukul 9.00 malam.

Pada mesyuarat tersebut, kesemua staff server telah bersetuju untuk menaikkan pangkat aku dari Local IRC Operator kepada Service Operator. Aku begitu berbesar hati dengan perlantikan tersebut kerana pihak pengurusan server masih memberi kepercayaan kepada aku. Ini bermakna flag atau mode untuk nick yang aku telah daftar dan gunakan telah bertambah.

Mode untuk pengguna biasa IRC yang berdaftar adalah seperti ini +iwrTxt. Mode yang aku perolehi ketika menjadi Local IRC Operator adalah seperti ini +iwghrTxqztp. Mode yang aku perolehi ketika ini sebagai Service Operator adalah seperti ini +iowghrsTxWqtp.

Mungkin anda tidak berapa faham apa yang aku tuliskan ini. Tapi bagi pengguna IRC tegar, ini cumalah mode yang sangat mudah difahami. Bagi anda yang tidak faham mungkin beranggapan aku syok sendiri saja tapi tak mengapalah, biarkan aku syok sendiri kerana bagi aku ianya adalah kebanggaan.

No comments:

Post a Comment