Follow us

23 April 2011

Memperbaharui Kad Hijau CIDB

Pada 20 April 2011 yang lalu, aku telah ke pergi ke Pejabat CIDB di Tingkat 5 Bangunan KWSP, Ipoh untuk memperbaharui Kad Hijau CIDB yang telah lama tamat tempoh. Seingat aku Kad Hijau CIDB aku sebelum ini telah tamat tempoh pada September 2009. Memandangkan bidang kerja aku memang melibatkan aktiviti pembinaan, jadi elok dan wajarlah Kad Hijau CIDB aku ini diperbaharui. Ini kerana pemegang kad ini (selagi dalam tempoh aktif) adalah diinsurankan dengan Skim Takaful Berkelompok CIDB.

Jika tak silap aku, sekiranya pemegang-pemegang Kad Hijau ini tidak memperbaharui kad dalam tempoh tiga (3) tahun maka mereka perlu mengambil atau menghadirkan diri semula untuk seminar/kursus CIDB tersebut selama satu (1) hari. Antara faktor aku memperbaharui Kad Hijau aku adalah kerana aku tak mahu menghadiri kursus tersebut sekali lagi. Hehe...

Faktor lain yang menyebabkan aku memperbaharui Kad Hijau adalah kerana pada ketika ini CIDB telah mewujudkan Pentauliahan Penyelia Tapak Bina di mana personel binaan perlu menghadiri temuduga sebelum ditauliahkan secara rasmi. Bagi mencapai hasrat sebagai seorang personel yang bertauliah, perkara asas seperti Kad Hijau perlulah dihidupkan dan aktif.

Aku telah pun menghantar permohonan ke CIDB Perak untuk tujuan pentauliahan tersebut. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan, salinan sijil/diploma/ijazah dan CV yang diperakukan oleh majikan. Sepatutnya sesi temuduga diadakan pada 21 April 2011 namun telah ditunda ke 31 Mei 2011.

Ada lebih kurang 38 hari lagi dari sekarang sebelum sesi temuduga pentauliahan penyelia tapak bina tersebut. Aku harap dapat buat yang terbaik untuk kemajuan kerjaya aku. Amin..!

1 comment: