Follow us

27 March 2011

Mobile Number Portability (MNP) - From Maxis To DiGi

Sudah 3 bulan lebih aku tidak mengemaskini blog. Dalam tempoh itu, sudah pelbagai aktiviti aku buat dan beberapa tempat aku kunjungi, namun aku tidak berkesempatan untuk menitipkan aktiviti aku itu ke medium maya ini. Atau lebih tepat lagi adalah kerana aku berasa amat malas untuk mengemaskini blog. Faktornya adalah aku tidak mahu terasa terpaksa untuk memblog sebaliknya aku mahu memblog dengan keadaan aku berasa amat selesa untuk melakukannya.

Kisah kali ini adalah sebagaimana tajuk di atas. Sebenarnya telah lama aku berhajat dan bercita-cita untuk menukar servis telekomunikasi yang aku guna sekarang ini, iaitu Maxis ke DiGi. Namun, pada hari ni barulah ianya terlaksana. Mengapakah aku ingin menukar servis telekomunakasi tersebut? [Sila klik Baca Lagi... di bawah untuk mengetahui sebab selanjutnya.] 

Aku telah lama menggunakan servis Maxis ini, iaitu sejak tahun 2005 lagi. Kiranya aku memang pengguna setia Maxis. Suatu ketika dulu aku ada menggunakan sim prepaid Hotlink yang telah aku guna sejak tahun 2000 lagi. Namun, sim prepaid Hotlink tersebut telah pun expired dan aku tidak lagi menggunakan nombor prepaid tersebut.

Aku lebih senang untuk menggunakan postpaid kerana tidak perlu fikir untuk top-up kredit. Namun, sejak setahun yang lalu bil telefon aku mencecah ratusan ringgit setiap bulan dengan caj yang aku sendiri kurang pasti oleh servis telco tersebut. Aku sudah tidak berdaya bertahan sekiranya setiap bulan bil mencecah hampir RM500.

Sebagai pengguna yang telah lama menggunakan perkhidmatan Maxis, aku berpendapat ianya tidak mendatangkan sebarang keuntungan di pihak aku. Caj servis yang melampau-lampau telah melunturkan dan melemahkan kesetiaan aku terhadap servis Maxis ini. Kini, telah tiba masanya untuk aku berhijrah ke servis telekomunikasi yang lain pula, iaitu servis DiGi

Aku sangat berharap selepas beralih ke servis DiGi ini, bil aku dapat dikurang paling tidak sebanyak 1/3 atau 1/2 daripada bil sebelum ini. Sangat rugi dan membazir rasanya menghabiskan wang ringgit kepada sesuatu perkara yang kita tidak dapat lihat. Kalau membeli telefon paling tidak kita dapat melihat telefon yang kita beli. Kalau bayar bil ratusan ringgit, kita cuma dapat lihat wang ringgit kita beralih tangan.

Kepada sahabat-sahabat sekalian yang mempunyai nombor aku, ingin aku maklumkan di sini bahawa aku masih menggunakan nombor telefon yang sama cuma servis sahaja yang berlainan. Jika sebelum ini aku menggunakan servis Maxis, kini aku menggunakan servis DiGi. Kepada sahabat-sahabat yang menggunakan servis DiGi, jika nak call aku tu mungkin murah sikit. Hehehe...

No comments:

Post a Comment