Follow us

30 March 2010

Ujian Ultrasound

Pada petang tadi lebih kurang pukul 2.30pm, aku telah menemani isteri ke klinik di Bercham Raya kerana isteri memaklumkan kepada aku beliau berasa kurang sihat. Beliau selsema dan batuk sejak 2 - 3 hari yang lalu.

Bagi mengelakkan keadaan kesihatan beliau terganggu, adalah lebih elok kiranya mendapatkan rawatan di klinik. Disebabkan keadaan isteri yang kurang sihat itu, doktor telah memberikan beliau cuti rehat selama 2 hari.

25 March 2010

Terima Kasih Untuk Kad Selamat Hari Lahir

24 Mac 2001 - Pertama sekali aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan kerana memberi aku kad Selamat Hari Lahir. Memang sesuatu yang mengharu dan mengujakan apabila menerima kad hari lahir istimewa dari JKR Perak.

Pada tahun lepas pun aku ada menerima kad selamat hari lahir dari jabatan yang sama juga namun kad kali ini agak istimewa kerana ianya ditandangani Pengarah JKR Perak sendiri. Bukan aku seorang saja yang menerima kad selamat hari lahir sebegini tetapi rakan-rakan yang lain yang lahir pada bulan Mac juga menerima kad yang serupa.

Terima kasih JKR Perak Darul Ridzuan.

23 March 2010

Keunikan HBUK

22 Mac 2010 - Pagi tadi aku ada mesyuarat berkaitan sistem paip untuk Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta (RSK). RSK adalah seperti rumah untuk warga tua. Apa yang unik adalah RSK terletak di dalam kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)

HBUK adalah hospital yang terbesar di Malaysia. HBUK khusus untuk menempatkan pesakit mental. Cubalah anda bayangkan RSK terletak di dalam kawasan HBUK dan jaraknya dari pintu masuk adalah kira-kira 3km jauhnya. Ini membuktikan betapa luasnya kawasan HBUK.

21 March 2010

Berbadminton Di Kompleks Sukan Negeri Perak

Ketika sedang asyik melayari internet pagi tadi, aku dihubungi oleh rakan berbangsa Tionghua yang mengajak aku untuk bermain badminton. Beliau telah 'booking' 1 'court' untuk bermain selama 1 jam dari pukul 12.00pm hingga 1.00pm.

Menurutnya, anak-anak beliau sudah teringin benar untuk bermain badminton sejak dari dulu lagi namun tidak berkesempatan. Jadi, selepas mengambil anak-anak beliau dari kelas tusyen, terus saja beliau ke kompleks sukan tersebut.

20 March 2010

Lawatan Tapak Ke Nilai

18 Mac 2010 - Aku menerima "sms" semalam dari ibupejabat pada pukul 3.00pm yang menjemput untuk hadir lawatan tapak di Nilai pada hari ini. Surat rasmi sampai ke tangan aku pada pukul 9.00am tadi. Tapi mujur aku sudah menguruskan pengangkutan untuk lawatan tapak tersebut sejurus menerima sms dari ibupejabat. Aku mengajak pembantu kanan aku untuk hadir sama pada lawatan tapak tersebut.

Kami bertolak dari pejabat sekitar pukul 10.30am dan tiba di kilang IBS (Industrial Building System) tepat pukul 2.00pm. Perjalanan yang jauh memang memenatkan tapi mujur bukan aku yang memandu. Sesi perbincangan sepatutnya bermula pada pukul 2.30pm namun atas sebab-sebab kelewatan dan kesukaran untuk mencari kilang tersebut, perbincangan bermula pada pukul 4.00pm. Terdapat beberapa jabatan lain yang gagal untuk mencari lokasi kilang tersebut kerana kekeliruan pada nama kilang tersebut yang berbeza dengan apa yang dimaklumkan. Aku sendiri mengakui kelemahan ketara tersebut.

Sehari Selepas Hari Jadi

17 Mac 2010 - Sementara menunggu aku pulang dari kerja, isteri telah ke Jusco Ipoh untuk berjumpa rakan beliau ketika menuntut di kolej kejururawatan dulu. Lama jugalah mereka berjalan-jalan di Jusco itu. Rakan beliau akan melangsungkan perkahwinan pada 27 Mac 2010 nanti di Tanjung Malim. Oleh itu, kami bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan isteri itu kerana pada majlis perkahwinan kami dulu beliau telah menghadirkan diri.

Aku pula berkursus "Back To Basic (Modul Geotenik)" pada hari tersebut. Mujur aku cuma berkursus di ibupejabat sahaja. Kebetulan kursus pula tamat awal, jadi aku telah segera pulang. Dalam perjalanan pulang itu, aku telah singgah ke rumah 'parent' sahabat baik aku di Taman Mewah kerana adik beliau memberitahu terdapat masalah berkaitan komputer yang menuntut kemahiran dan kepakaran aku untuk membaikinya. Chewah...

16 March 2010

Happy Birthday To Me

Selamat Hari Lahir... Selamat Hari Lahir... Selamat Hari Lahir... Untuk diri aku sendiri. Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke-30 mengikut tahun Masihi. Sudah 30 tahun usia aku rupanya. Tapi raut wajah aku masih memperlihatkan wajah 'baby face' lagi. Hehe...

Sempena dengan hari lahir aku pada hari ini, isteri telah pulang dari Bandar Sunway ke Ipoh untuk bersama-sama dengan aku. Kebetulan beliau juga 'off day' pada hari ini. Isteri telah membeli sebiji kek hari lahir di Secret Recipe di Jusco Kinta City, Ipoh. Kek coklat + pisang dan rasanya memang enak dan lazat. Namun, tak berupaya untuk aku menghabiskan kesemuanya kerana kek tersebut begitu besar.

13 March 2010

Makan Tengah Hari Bersama Isteri

10 Mac 2010 - Isteri aku akan pulang ke KL pada hari ini kerana beliau akan bertugas 'shift' pagi pada hari esok. Jadi, di kesempatan yang ada, kami telah makan tengah hari bersama-sama di Kuang Station yang terletak di Ipoh Raya. Kuang Station memang agak popular di kalangan warga tempatan terutama yang berbangsa Melayu.

Isteri ingin memakan nasi ayam. Oleh itu, aku telah membawa beliau untuk makan nasi ayam di Kuang Station kerana rasa nasi ayam di sana lebih enak berbanding di beberapa tempat lain di Ipoh ini. Aku pula mengambil makanan hidang yang lebih membuka selera tekak dan makan aku. Ikan keli adalah lauk kegemaran aku. Ditambah begedil dan tempe, rasanya memang "perghhh..." mantap. Isteri adalah peminat tempe. Beliau berupaya untuk makan tempe seperti makan keropok. Hehe...

12 March 2010

What Happened On 9 March 2010

9 Mac 2010 - Selepas balik dari kerja, isteri telah mengajak aku untuk ke pusat membeli-belah Giant yang terletak di Sunway City. Ini adalah kerana beliau ingin membeli sesuatu yang penting bagi diri beliau dan penting juga bagi diri aku. Apakah benda itu biarlah menjadi rahsia kami buat masa ini.

Selepas membeli apa yang diinginkan, kami pun mengambil kesempatan untuk makan petang bersama-sama. Kami telah ke medan selera di Giant untuk menjamu selera. Seperti kebiasaan, menu yang akan aku pesan pastinya ikan bakar portugis pari + sotong. Isteri aku pula memesan ikan bakar portugis pari kerana beliau kurang gemar makan sotong.

08 March 2010

Mee / Koew Teow Kari

Pada suatu siang tadi, isteri aku telah menelefon aku bertanyakan sama ada aku sudah makan tengah hari atau belum. Lalu aku jawab aku belum makan. Beliau mengatakan ada memasak sesuatu yang istimewa untuk aku di rumah. Aku bertanyakan masakan apakah itu namun aku perlu balik dan lihat sendiri. Kalau beritahu awal nanti tak 'surprise' kata beliau.

Selepas habis waktu bekerja, aku pun dengan segera balik ke rumah. Sesampainya di rumah terus aku ke dapur dan terlihatlah oleh aku periuk di atas 'stove'. Lalu aku lihat di dalamnya adalah kuah kari. Aku tahu mesti isteri aku membuat koew teow kari untuk aku.

07 March 2010

Berjalan-Jalan Di TESCO Station 18

6 Mac 2010 - Semalam selepas membeli aksesori komputer di Kompleks Yik Foong, kami telah ke pusat membeli-belah TESCO Station 18 yang terletak di Pengkalan. Pada suatu ketika dulu, kawasan Pengkalan ini agak kurang membangun. Namun, sejak TESCO dibina di sana, kawasan tersebut telah berkembang maju. Nilai hartanahnya melonjak naik. Banyak kedai-kedai yang dulu terbengkalai telah dibaik pulih malah dijual macam goreng pisang panas.

Memandangkan masa yang diambil untuk membeli 'web camera' di Kompleks Yik Foong begitu cepat, maka aku telah mencadangkan supaya berjalan-jalan di pusat membeli-belah TESCO Station 18 pula. Sudah banyak bulan jugak aku tidak ke sana. Aku merasakan TESCO Station 18 lebih cantik susun aturnya jika dibandingkan dengan TESCO Ipoh dan TESCO Extra Ipoh.

The WebCam & Microphone

6 Mac 2010 - Pagi tadi aku telah ber"Yahoo Messenger" dengan isteri aku. Namun, hanya aku yang dapat melihat 'video call' daripada isteri aku kerana desktop aku di rumah tidak mempunyai 'web camera' dan mikrofon. Isteri aku pula menggunakan 'laptop' di mana aksesori 'web camera' dan mikrofon memang sudah 'built in'.

Untuk membolehkan aku ber'YM' dengan isteri aku, maka aku telah bercadang untuk membeli sebuah 'web camera'. Lokasi yang menjadi pilihan aku untuk meninjau aksesori komputer tersebut sudah pastinya di Kompleks Yik Foong di Ipoh kerana terdapat banyak pilihan untuk membeli di sana.

06 March 2010

Mak Putih & Tam In Memories

Beberapa hari yang lalu, kucing paling senior dalam belaan di rumah aku telah mati. Kucing tersebut diberi nama " Mak Putih" sebagaimana yang ditunjukkan di dalam sebelah kiri gambar. Usia Mak Putih adalah aku jangkakan sekitar 8 - 10 tahun. Memang Mak Putih merupakan kucing yang paling lama pernah hidup di dalam belaan di rumah aku.

Disebabkan usianya yang panjang bagi kategori kucing, maka tahap kesihatan Mak Putih pun tidaklah berapa baik. Kaki dan telinga Mak Putih pun berkudis umpama diabetes bagi manusia. Sebulan sebelum hayatnya berakhir, tahap kesihatan Mak Putih bertambah teruk. Mak Putih sudah seakan-akan nyanyuk dan suka duduk di tempat yang sejuk dan lembap.

05 March 2010

Burger Jalanan

Kelmarin bertarikh 3 Mac 2010 merupakan hari aku bermain badminton. Aku balik lewat ke rumah kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara di pejabat. Memandangkan 'game' aku pada malam tersebut maka aku telah bertindak untuk tidak menjamah makanan kerana sekiranya aku makan ianya akan menyebabkan perut aku senak kerana bermain badminton memerlukan pergerakan yang pantas.

Banyak set jugak aku main pada malam itu sehingga aku betul-betul rasa amat letih dan penat. Peluh keluar macam mata air dari badan aku. Mujur aku minum dengan banyak. Jika tidak mahu terhidrat aku dibuatnya. Tambahan pula perut aku yang kosong itu hampir menyebabkan kepala aku sedikit kepeningan.

04 March 2010

Ganti 'Brake Pad' Kereta

3 Mac 2010 - Semalam aku telah mengambil masa yang ada untuk membaiki 'brake' kereta aku. Kereta aku telah mengalami masalah 'brake' sejak beberapa hari yang lalu di mana ketika 'brake' bunyi kasar kedengaran. Aku bercadang untuk membaiki 'brake' kereta aku itu pada cuti hujung minggu nanti namun disebabkan keadaan 'brake' tersebut semakin teruk maka aku terpaksa membaikinya dengan kadar segera.

Untuk tujuan itu, aku telah ke 'workshop' di Silibin untuk membaiki masalah 'brake' tersebut. Mujur hanya 'brake pad' saja yang telah haus. Justeru itu aku telah menukar 'brake pad' untuk 'front wheels' berharga RM75.00. Aku juga bertindak untuk menukar 'brake oil' yang sudah lama tidak ditukar dengan harga RM35.00 sebotol. Jumlah kos membaiki keseluruhan adalah sebanyak RM110.00.

02 March 2010

Terima Kasih Sebab Belanja Aku Makan

Pagi tadi selepas selesai perbincangan dengan kontraktor utama, beliau mengajak aku untuk bersarapan di salah sebuah gerai makan yang amat popular di kalangan penduduk Manjoi. Aku tak pasti apakah nama gerai makan tersebut. Sekilas pandang seperti Gerai Makan Man. Ramai betul pelanggan yang datang ke gerai makan tersebut hinggakan meja makan sentiasa penuh.

Seperti semalam dan kelmarin, aku masih memesan koew teow kari. Tujuannya adalah untuk menilai tahap kesedapan koew kari di setiap kedai makan yang aku kunjungi. Bagi aku dan pendapat lidah aku yang merasanya, ianya tidak jauh berbeza dengan rasa koew teow kari yang aku makan di kedai makan pada hari-hari sebelumnya. Ianya masih belum dapat menandingi kesedapan koew teow kari simpang 3 Batu 8.

01 March 2010

Bersarapan di Restoran Atan & Friends

Pagi tadi selepas selesai melawat tapak di salah sebuah sekolah di Ampang, aku dan beberapa kakitangan yang lain telah pergi menjamu selera di Restoran Atan & Friends yang terletak berhampiran dengan Klinik Kesihatan Greentown Ipoh. Pada hari ini, barulah aku mengetahui kewujudan restoran tersebut.

Salah seorang kakitangan mengatakan makanan di situ sedap. Jadi, di kesempatan yang ada kami pun mencubalah sejauh manakah kesedapan yang dikatakan itu. Tambahan pula masing-masing belum bersarapan pagi lagi, maka perut pun berkeroncong meminta diisi.