Follow us

22 April 2010

Vacation @ HoneyMoon Episode 2

 
Pada 18 April 2010, aku telah bertolak dari rumah sekitar pukul 7.00am untuk ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Lebih kurang pukul 9.00am aku pun tiba di rumah sewa isteri aku di Bandar Sunway. Isteri bekerja 'shift' malam pada hari sebelumnya. Justeru itu, tatkala aku tiba di rumah sewanya isteri pun sedang bersiap dan berkemas untuk episod bulan madu kami.

Kami bergerak untuk menuju ke destinasi bulan madu kami, iaitu di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Memandangkan perjalanan ke Lumut itu sehala melalui jalan Klang - Sitiawan, maka kami pun singgah di rumah mak di Sabak Bernam. Sempatlah aku melepaskan penat lelah memandu sampai tertidur.

Selepas makan tengah hari lebih kurang pukul 2.30pm, kami pun bersiap untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Sebenarnya  sudah lebih sebulan kami merancang percutian ini. Rancangan asalnya adalah untuk ke Kuantan tapi memandangkan perjalanan yang akan ditempuh agak lama dan tidak sesuai untuk isteri aku yang sedang berbadan dua, maka rancangan tersebut telah diubah ke Lumut.

Kami sampai di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut pada pukul 4.45pm. Suasana persekitaran di hotel tersebut memang mendamaikan. Terletak di atas bukit dan dikelilingi hutan dan laut. Memang saujana mata memandang.

Jika nak ceritakan 3 hari percutian aku di sana memang panjang berjela blog ini nanti. Justeru itu, di sini aku 'upload' gambar mengikut kronologi yang menerangkan penceritaan percutian itu sendiri. 

Bercuti-cutilah di Malaysia kerana Malaysia terdapat banyak destinasi-destinasi menarik untuk dikunjungi. Selepas ini ingin membawa isteri bercuti di Langkawi pula. Insya Allah, bercuti bersama 'baby' pula.

No comments:

Post a Comment