Follow us

28 April 2010

The Eating On 26 April 2010

26 April 2010 - Aku mengambil peluang waktu rehat untuk balik ke rumah. Kebiasaannya aku jarang balik ke rumah walaupun pada waktu rehat. Ini adalah kerana isteri aku berada di rumah jadi aku ingin makan tengah hari bersama beliau.

Aku mengajak isteri untuk makan tengah hari di medan selera Giant. Menu yang terbayang di ruang fikiran aku adalah ikan pari + sotong bakar. Kecur air liur bila membayangkan menu tersebut. Sudah agak lama aku tidak makan di sana. Mungkin sebulan agaknya. Lamakah tempoh sebulan itu? Hehe...

Isteri pula memesan nasi ayam. Sejak kebelakangan ini isteri memang gemar memakan nasi ayam. Asyik mengidam nasi ayam sahaja. Jenis air yang menjadi kegemaran isteri pula  sejak berbadan dua ini adalah air soya.

Selera wanita mengandung ini mungkin berbeza sikit. Mereka ini cuma ingin merasa makanan yang diidamkan itu sahaja berbanding menjamah makanan tersebut. Buat para suami, fahamlah keadaan isteri anda yang sedang mengandung ini. Hehe... 

Pada sebelah malamnya, kami telah makan malam di Small Town Coffee Village yang terletak di persimpangan lampu isyarat Batu 8. Konsep restoran tersebut adalah seakan-akan "gazebo" yang mempunyai ruang 'open air' dan 'air-conditioning'. Restoran tersebut merupakan satu-satunya restoran ala 'western' yang ada di Batu 8 ini dan boleh aku katakan merupakan restoran pertama berkonsepkan sebegitu di kawasan ini

Aku telah memesan Nasi Goreng Petai Ikan Masin. Itu merupakan satu-satunya menu nasi goreng yang ada di situ. Harganya adalah RM7.00. Isteri pula memesan 'toasted bread with half cooked egg'. Nampak lazatkan? Jadi, jika datang ke Batu 8, Tambun jangan lupa untuk singgah di Small Town Coffe Village yang dibuka seawal 8.00 pagi sehingga 2.00 pagi setiap hari.

No comments:

Post a Comment