Follow us

17 April 2010

Aktiviti Hari Ini

Ketika aku sedang asyik melayari internet pada pagi tadi, seorang rakan lama berbangsa Tionghua menelefon aku dan mengajak untuk makan tengah hari bersama di Restoran Tasek Raban. Bukan Restoran Tasek Raban di Lenggong tapi restoran yang terletak berhampiran dengan Stadium Perak, Ipoh.

Aku ni jenis tidak suka menghampakan permintaan orang lain, maka aku pun memenuhi permintaan rakan aku itu. Sementelah beliau pun hendak belanja aku makan tengah hari. Bak kata orang-orang tua, rezeki jangan ditolak. Agak lama juga kami bersembang di restoran tersebut, iaitu menjangkau 2 jam lamanya.

Restoran Tasek Raban memang amat dikenali oleh warga Ipoh. Jika ada yang tak tahu dimana lokasi Restoran Tasek Raban itu maka orang itu bukanlah orang Ipoh. Restoran Tasek Raban memang amat popular dengan hidangan makanan tengah harinya. Pelanggan yang datang memang tidak putus-putus. Tadi pun aku nampak Hamdan bekas anggota kumpulan Senario makan di situ bersama isteri beliau. Terima kasihlah diucapkan buat En Hamdan Ex-Senario kerana beliau turut hadir semasa majlis kenduri perkahwinan aku yang lalu.

Selepas itu aku ke 'car wash' di Sunway City kerana untuk mencuci kereta isteri aku itu memandangkan kereta tersebut sudah sedikit kotor dan perlu di'vacuum'. Pekerja di 'car wash' tersebut cuma 2 orang sahaja tapi kerjanya begitu cepat dan memuaskan. Harganya pun begitu murah, iaitu cuma RM9.00 sahaja. Kebiasaanya kadar harga yang dikenakan untuk mencuci luar dan 'vacuum'  adalah RM13.00.

Sebenarnya aku jarang mencuci kereta. Memandangkan aku hendak ke Kuala Lumpur pada esok hari dan seterusnya ber'honeymoon' dengan isteri aku maka aku berkehendakkan kereta dalam keadaan kemas dan elok. Barulah semangat nak 'honeymoon' tu ada. Hehe...

No comments:

Post a Comment