Follow us

09 January 2011

Perlantikan Sebagai IRCop Server KampungChat.Org

Apa itu mIRC? mIRC adalah akronim untuk Multi Internet Relay Chat Client. Ia adalah suatu ruang sembang atau chat seperti Yahoo Mesenger, ICQ, Skype dll tetapi dengan serba sedikit perbezaan function berbanding program chat yang lain.

Aku berkenalan dengan mIRC sejak 1998 lagi ketika menuntut di UiTM Arau. Ketika itu aku join server UnderNet. Kemudian aku beralih ke server WebChat. Kemudian beralih lagi ke server DalNet. Ketika di DalNet aku diperkenalkan dengan server dari Malaysia, iaitu KampungChat.Org. Aku join server KampungChat.Org pada bulan Ogos 2003 dengan menggunakan nick "C|v|L".

Pada 8 November 2003, aku telah dengan rasminya menggunakan nick "Tom-Welling" dan nick ini kekal aktif sehinggalah hari ini. Mengapa aku menggunakan nick "Tom-Welling"? Suatu ketika dulu di TV3 popular dengan kisah "Smallville", iaitu kisah asal-usul Superman. Hero kisah itu adalah Clark Kent atau nama sebenarnya Tom Welling. Maka sebab itulah aku menggunakan nick "Tom-Welling" bersempena nama sebenar hero superman tersebut.

Jumlah user ketika aku join server KampungChat.Org pada tahun 2003 dan sekarang sangatlah berbeza. Ketika itu server KampungChat.Org baru hendak meningkat naik. Tapi sekarang server KampungChat.Org boleh dikategorikan sebagai server IRC paling maju di Malaysia dan tidak keterlaluan untuk aku katakan server ini berada di ranking pertama di Malaysia.

Aku telah beberapa kali di lantik sebagai IRCop di server KampungChat.Org ini. Perlantikan sebagai IRCop ini tidaklah bersifat kekal tetapi berdasarkan prestasi dan keaktifan kita di server tersebut. IRCop ini dikategorikan kepada beberapa level dengan Service Root Administrator (SRA) adalah level tertinggi, diikuti dengan Service Admin (SA), diikuti pula dengan Service Operator (SOP), dan akhir sekali Local Operator (LOCOP). Level tertinggi yang aku pernah pegang adalah Service Admin (SA).

Terdapat beberapa kategori tugas yang perlu dikendalikan oleh IRCop. Tuguas umum utama adalah membantu setiap user yang memerlukan pertolongan berkaitan IRC. Sebelum ini aku pernah diberikan tugas membantu user yang kehilangan/lupa katalaluan nick/channel, iaitu "OperHelp Team". Namun tugas mencabar yang pernah aku sandang adalah memantau server dari serangan flooder yang sengaja bertujuan untuk mengganggu server, iaitu "KLine Team".

Pada hari ini bertarikh 9 Januari 2011, aku sekali lagi telah dilantik untuk menjadi IRCop di server KampungChat.Org ini setelah hampir 3 tahun aku "bersara". Terima kasih diucapkan kepada pengurusan dan pentadbiran server kerana masih memberikan kepercayaan kepada aku untuk mengurus dan memantau perkembangan server ini.

Akhir kata, Majulah Server KampungChat.Org Untuk Negara. 

1 comment: