Follow us

02 January 2011

My Entry At Oh! Media

Oh! Media adalah suatu rangkaian laman web atau blog yang semakin popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Aku pun tidak terlepas untuk melayari laman web ini setiap hari kerana laman web ini dikemaskini setiap hari bagi memaparkan keadaan atau suasana yang berlaku di dalam negara kita. Apa yang menarik di laman web ini ialah ianya turut disertakan dengan gambar-gambar yang membuktikan apa yang diperkatakan itu.

Hari ini bertarikh 2 Januari 2011 sekitar pukul 2.30 pagi, ketika melayari laman web Oh! Tidak aku seakan-akan mengenali gambar yang dipaparkan di laman web tersebut kerana ianya seakan-akan gambar yang aku post di blog aku suatu ketika dulu. Sila klik DI SINI untuk melihat entry blog aku yang lalu.

Aku akui memang sudah agak jarang aku mengemaskini blog. Namun, blog aku masih dikunjungi pelawat walaupun tidaklah ramai berdasarkan counter yang aku letak di blog aku ini. Sejak 2-3 hari ni aku dapati hit untuk blog aku ini agak tinggi. Aku pun menjadi sedikit confused kerana aku merasakan blog aku ini hanya lebih kepada penceritaan peribadi. Bagaimana blog aku boleh mendapat hit yang agak luar biasa?

Rupa-rupanya ada satu (1) post aku sebelum ini telah dipaparkan di lam web > Oh! Media < tu. Itu sebablah hit blog aku tiba-tiba naik. Mungkin pelawat laman web Oh! Media tu singgah usha blog aku ini memandangkan alamat blog aku ada tertera pada gambar yang aku post dulu tu.

Mungkin aku perlu post gambar-gambar macam tu jika mahu hit blog aku naik tapi aku sudah ciptakan blog aku special untuk diri aku dan insan-insan kesayangan aku sahaja. Mungkin aku perlu buat akaun blog yang lain untuk tujuan itu tapi tengoklah dulu kalau aku rajin.

No comments:

Post a Comment