Follow us

25 July 2010

Bagaimana Aku Terjebak Untuk Memancing?

Sebenarnya sudah agak lama aku tidak memancing. Seingat aku kali terakhir aku memancing adalah ketika bersekolah rendah dahulu. Jika dicongak, tempoh aku "bersara sementara" dari aktiviti memancing adalah selama kira-kira 18 tahun lamanya. Itu memang suatu tempoh masa yang lama.

Pada masa itu, aku mempunyai 2 batang joran memancing. Bapa aku belikan kedua-dua 'reel' dan sebatang rod sepanjang 8'. Manakala sebatang rod lagi sepanjang 6' aku sendiri yang beli hasil duit tabungan ayam dan arnab.

Apakah punca-punca yang membuatkan aku terjebak dalam kancah pemancingan ini? Begini kisahnya... Pada suatu hari... bla bla bla bla...

Maaf, sengaja nak melawak tapi tak kelakar pulak. OK, dairek tu de poin...

Aku dijemput untuk menyertai pertandingan memancing pada 31 Julai 2010 nanti. Dan aku telah menyatakan persetujuan untuk menyertainya. Tapi aku tidak mempunyai peralatan untuk memancing dan sudah agak lama aku tidak memegang joran. Maka disebabkan itulah aku telah membeli 1 set joran memancing.

Setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad aku akan ke Sungai Batu Besar (juga dikenali sebagai Sungai Kuda) untuk praktis memancing. Selama 3 hari aku pergi memancing namun gagal mendapatkan hasil pancingan. Barangkali joran tersebut masih belum serasi dengan aku. Umpan cacing dan tepung kunyit pun gagal menarik perhatian para ikan.

Semalam, merupakan hari yang agak membanggakan buat aku kerana aku berjaya memancing 3 ekor ikan tengas dengan berumpankan cacing dalam tempoh 3 jam. Maknanya 1 jam untuk seekor ikan. Saiz ikan yang aku perolehi pun kecil sahaja.

Hari ini, aku memancing dengan berumpankan tali perut ayam. Ini merupakan kali pertama aku memancing berumpankan tali perut ayam. Sebelum ini aku pernah memancing berumpankan katak dan cicak untuk memancing ikan haruan. Kali ini aku berjaya memancing seekor ikan tengas dengan saiz yang agak besar untuk kategori ikan tengas. Rasa seronok bila berjaya memancing ikan.

Aku akui masih kurang ilmu dalam memancing ini. Namun, aku berharap akan ada 'magic' berlaku pada 31 Julai 2010 nanti. Hehe... Good Luck kepada diri aku sendiri.

p/s: My wife said she want to support her handsome husband during the fishing competition day.

No comments:

Post a Comment