Follow us

11 July 2010

Aktiviti Di Hujung Minggu

Semalam aku ke Sungai Kuda untuk memancing dan memanah ikan. Hari ini pun aku ke Sungai Kuda dengan niat utama untuk memanah ikan berbanding memancing ikan. Jika semalam aku berjaya memanah seekor ikan sia dan seekor ikan baung tapi hari ini aku gagal mendapatkan walau seekor ikan kerana keadaan air sungai yang keruh menyebabkan kadar penglihatan selaman menjadi begitu terhad.

Justeru itu aku cuba memancing namun tidak mendatangkan hasil kerana umpan yang aku bawa kurang sesuai dengan aliran air sungai yang deras tambahan pula aku begitu berhati-hati supaya mata kail tidak tersangkut di celahan batu kerana aku terlupa untuk membawa gajet memancing aku sekiranya tali pancing putus.

Disebabkan terasa bosan memancing kerana umpan yang tidak mengena maka aku mengambil keputusan untuk mencari udang sungai sahaja. Kali ini aku berhasil mendapatkan agak banyak udang, iaitu kira-kira 20 ekor.

Mencari udang sungai bukanlah mudah kerana perlu berhati-hati mengangkat batu supaya udang tidak lari. Aliran air sungai yang deras memang menyukarkan aktiviti menangkap udang. Jadi, sekiranya terdapat kawasan air yang tenang itu lebih mudah menangkap udang. Lenguh jugalah kaki dan pinggang aku dibuatnya menangkap udang ini.

Aku dimaklumkan udang sungai ini memang tidak dijual di pasar. Manakan tidak, hendak mencarinya pun agak sukar. Jika ada pun pasti harganya mahal. Udang sungai ini memang sedap rasanya walaupun isinya tidak banyak.

Goreng udang sungai ini pastinya sedap... yum yum yum...

No comments:

Post a Comment