Kali ini aku nk story tentang percutian aku bersama keluarga dan sanak saudara di Lumut. Ini adalah percutian ke-3 aku bersama isteri tercinta untuk tahun 2010. Percutian kami yang pertama adalah di Cameron Highland pada 4 Januari 2010. Percutian kedua pula di Lumut pada 18 April 2010. Dan kali ini adalah percutian kami yang ketiga, iaitu pada 21 Disember 2010. Beza percutian kali ini adalah kami bercuti dengan puteri sulung kami yang berusia 2 bulan.
Sebenarnya perancangan percutian ini dicetuskan oleh makcik aku kira-kira bulan November 2010 yang lalu. Percutian ini tidak dirancang awal pun sebab bergantung kepada cuti yang diambil dan diluluskan. Bila semuanya dah settle barulah percutian ini direncanakan. Tempat penginapan diuruskan oleh makcik aku sepenuhnya.
Kami menginap di Homestay Bukit Permata, Lumut. Boleh tahan jugalah homestay tu. Mungkin sebab apartment tu masih baru agaknya. Cuba klik di sini > Homestay Bukit Permata < untuk melihat keadaan di dalam homestay tersebut dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Aku berpendapat Lumut memang lokasi yang sesuai dan strategik untuk percutian keluarga kerana ianya berdekatan dengan laut. Lagipun banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan singgah di Lumut dalam masa sehari contohnya Pantai Teluk Batik, Marina Cove Water Theme Park dan pekan Lumut itu sendiri.

No comments:
Post a Comment