Sempena hari Sabtu, iaitu hari cuti bagi sebilangan orang dan sebilangan sektor, aku mengambil kesempatan untuk menghantar kereta aku untuk dibaiki. Sebenarnya telah lama aku menyedari terdapat sedikit kerosakan berkaitan 'temperature' pada kereta aku yang cepat naik.
Namun, sejak kebelakangan ini keadaan 'temperature' itu sudah menjadi semakin kritikal di mana setiap kali ingin menggunakan kereta aku perlu mengisi air pada tangki air dan radiator. Bagi mengelakkan enjin kereta aku itu 'berasap' dek kepanasan maka terpaksanyalah aku menghantar kereta ke woksyop di Bandar Baru Putra, Bercham untuk dibaiki sementelah kadar perbelanjaan untuk bulan ini agak kencang dan menipiskan ketebalan dompet aku. Ahh... oksigen... oksigen...
Mekanik memaklumkan 'water pump' telah rosak dan anggaran kos untuk membaiki adalah sekitar RM140.00. Mahu tak mahu aku perlu juga untuk tukar 'water pump' yang telah rosak itu. Aku fikirkan sebelum ini radiator kereta aku yang bocor kerana air di dalam radiator itu begitu cepat habis.
Kereta aku itu sudah 7 tahun usianya. Jadi tidak hairanlah jika terdapat kerosakan pada enjin atau aksesorinya. Ansuran bulanan pun masih belum habis dibayar. Hendak dijual terasa sayang pulak kerana itulah kereta pertama yang aku beli. Sudah banyak jasanya kepada aku.
'Temperature' sudah 'OK' sekarang ini. Bolehlah dipandu jauh sekarang ini tanpa perlu khuatir untuk mengisi air di pertengahan perjalanan. Nak pandu pulang beraya di rumah mak mentua di Sabak Bernam pun dah boleh dah ni. Hehe...
No comments:
Post a Comment