Sempena hari Sabtu, iaitu hari cuti bagi sebilangan orang dan sebilangan sektor, aku mengambil kesempatan untuk menghantar kereta aku untuk dibaiki. Sebenarnya telah lama aku menyedari terdapat sedikit kerosakan berkaitan 'temperature' pada kereta aku yang cepat naik.
Namun, sejak kebelakangan ini keadaan 'temperature' itu sudah menjadi semakin kritikal di mana setiap kali ingin menggunakan kereta aku perlu mengisi air pada tangki air dan radiator. Bagi mengelakkan enjin kereta aku itu 'berasap' dek kepanasan maka terpaksanyalah aku menghantar kereta ke woksyop di Bandar Baru Putra, Bercham untuk dibaiki sementelah kadar perbelanjaan untuk bulan ini agak kencang dan menipiskan ketebalan dompet aku. Ahh... oksigen... oksigen...