Follow us

04 July 2010

Bakal Hobi Baru - Memancing Ikan

Semalam dan hari ini aku pergi ke Sungai Choh atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Sungai Tanjung atau Sungai Kuda. Ini adalah kerana sungai tersebut melalui pekan Tanjung Rambutan dan boleh juga diakses melalui ladang kuda yang terletak berhampiran.

Sudah agak lama aku tidak ke sungai tersebut. Kali terakhir aku ke sana seingat aku adalah bersama sahabat baik aku bernama Sahidan. Air sungai tersebut kadang kala jernih dan kadang kala keruh macam air teh. Ada 2 faktor sekiranya air sungai menjadi keruh, iaitu terdapat aktiviti pembalakan di hulu atau hujan lebat di hulu.

Aku telah dijemput untuk menyertai pertandingan memancing pada hujung bulan ini. Maka yang menjadi sedikit permasalahan adalah: -
1. Aku tiada joran memancing.
2. Aku sudah lupa cara untuk mengikat tali pancing.
3. Aku tak tahu kesesuaian joran untuk memancing di sungai, kolam atau laut.
4. Aku tak tahu umpan ikan yang sesuai untuk memancing.

Justeru itu, semalam aku telah membeli sebatang joran yang murah khusus untuk 'beginner' seperti aku ini. Aku telah meminta taukeh kedai 'recommend' untuk aku joran yang sesuai buat aku. Aku menjadi 'blur' untuk mengikat tali pancing sehingga terpaksa melayari internet untuk mengetahui kaedah-kaedah yang betul mengikat tali pancing.

Aku juga melakukan sedikit 'homework' dengan pergi ke kolam memancing ikan untuk melihat kaki-kaki pancing memancing ikan. Ketika pergi ke Sungai Kuda semalam sempat jugalah aku terserampak dengan pakcik aku yang turut memancing di sungai tersebut. Memandangkan beliau memang sudah agak pakar dalam bab-bab memancing ini, dapat jugalah aku belajar beberapa ilmu memancing daripada beliau.

Antaranya adalah: -
1. Tentang kesesuaian umpan untuk ikan.
2. Tentang lokasi/lubuk ikan untuk jenis-jenis ikan tertentu.
3. Tentang mata kail dan batu ladung.
4. Tentang cara-cara memancing yang betul.

Sedikit benar ilmu pancing yang dapat aku timba. Sempat jugalah aku cuba memancing semalam dan tadi tapi rupanya memancing bukanlah mudah untuk mendapat ikan kerana aku tidak berjaya mengail ikan walaupun seekor pun. Apa yang aku dapat cumalah umpan habis dan tali pancing yang kerap putus.

Minggu depan aku akan ke Sungai Kuda lagi... dengan harapan semoga berjaya memancing ikan.

1 comment:

  1. What is the best casino? - Oklahoma Casinos News
    Best slots sites 아시안부키 in Oklahoma include Slots 가입시 꽁머니 환전 Empire, Wild 바카라 검증 사이트 West Casino, w88 com login Lady Luck 개집 왕 Casino, and Treasure Island Casino.

    ReplyDelete