Follow us

25 May 2010

Macam-Macam Hal Perangai Manusia

Situasi yang berlaku sebelum dan sesudah bersolat Zohor di Masjid Idris Shah II (Masjid Negeri) Ipoh.

Situasi 1
=======

Ketika ke tandas masjid tersebut, terdapat ayat-ayat yang diconteng pada pintu tandas yang mengutuk salah satu parti politik di Malaysia ini. Pembuka kata ayat-ayat tersebut adalah "Maaf Kerana Menconteng... bla bla bla..."

Kesian betul kepada penconteng tersebut. Buat apalah melepaskan geram di tandas? Dan pintu tandas menjadi mangsa? Berfalsafah sangatkah menterjemahkan pandangan politik di tandas? Pada pendapat aku, itu falsampah namanya. Kalau nak berpolitik sangat ikutlah saluran yang betul.

Untuk berpolitik, kenalah berani. Luahkan ketidakpuasan hati anda pada pada tempat yang betul. Jangan luahkan pada pintu tandas. Jangan jadikan politik anda politik murahan dan hina.


Situasi 2
=======

Ketika berbual-bual di ruang bawah masjid bersama beberapa orang rakan pejabat, kami didatangi oleh seorang yang tidaklah kami kenali lalu 'join' kumpulan kami. Si fulan itu memberi salam lalu kami jawab salam beliau. Dengan berbaju Melayu dan berkopiah putih, lagak umpama orang yang alim.

Dari gerak-gerinya aku mengagak "mamat" ini mesti ingin meminta sedekah atau sumbangan ikhlas. Tekaan aku betul apabila beliau mengeluarkan 'folder' beliau yang mana tidaklah aku baca pun lalu terus beliau meminta sumbangan ikhlas.

Tiba-tiba rakan aku bertanyakan tentang beberapa resit yang terdapat di 'folder' beliau itu. Ianya seakan-akan resit nombor ekor. Setelah diteliti ternyata ianya memanglah resit nombor ekor Magnum 4D. Rakan aku bertanya bila keputusan nombor ekor itu akan keluar dan dengan selambanya "mamat" itu menjawab keputusan akan keluar esok.

Kemudian kami pun malaslah nak melayan "mamat" ini. "Mamat" ini pun terus meminta simpati supaya diberikan sumbangan ikhlas untuknya sambil menunjukkan tangan dan kakinya yang berparut kerana dimasukkan besi akibat kemalangan.

Macam-macam perangai manusia di dunia ini. Spesis manusia meminta sumbangan ikhlas untuk beli nombor ekor pun ada. Dalam masjid pulak tu... Tak dapek den nak nolong eh...

No comments:

Post a Comment