Follow us

28 May 2010

New Little Kitten Are Born

Pagi tadi Yon (nama salah seekor kucing) telah membawa pulang 3 ekor anaknya ke rumah. Kami telah menyedari Yon telah melahirkan anak lebih kurang seminggu yang lalu tapi lokasi Yon menyembunyikan anaknya tidaklah diketahui.

Kami amat yakin Yon akan membawa anak-anaknya ke rumah pada suatu hari nanti kerana kebiasaannya begitulah yang dilakukan oleh ibu-ibu kucing di rumah ini. Ini merupakan musim kelahiran ke-3 buat Yon.

25 May 2010

Macam-Macam Hal Perangai Manusia

Situasi yang berlaku sebelum dan sesudah bersolat Zohor di Masjid Idris Shah II (Masjid Negeri) Ipoh.

Situasi 1
=======

Ketika ke tandas masjid tersebut, terdapat ayat-ayat yang diconteng pada pintu tandas yang mengutuk salah satu parti politik di Malaysia ini. Pembuka kata ayat-ayat tersebut adalah "Maaf Kerana Menconteng... bla bla bla..."

15 May 2010

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

13 Mei 2010 - Aku menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Kangsar pada kali ini. Kebiasaan mesyuarat diadakan di ibu pejabat. Barangkali ingin mendapatkan suasana baru maka mesyuarat kali ini diadakan di Kuala Kangsar.

Di kesempatan berada di Kuala Kangsar ini, aku dan rakan-rakan yang lain mengambil peluang untuk menunaikan solat Zohor di Masjid Ubudiah yang terkenal di Perak dan barangkali terkenal di Malaysia juga.

10 May 2010

His Name Is MUSang

Pada 7 Mei 2010, aku mengambil kesempatan untuk makan tengah hari di rumah. Maklumlah isteri berada di rumah pada ketika itu dan akan pulang ke Bandar Sunway pada petangnya. Jadi, masa yang ada itu aku mengambil peluang untuk bersama isteri tersayang.

Isteri memaklumkan kepada aku terdapat sekor anak kucing di luar rumah. Aku pun dengan segeranya mencari-cari anak kucing tersebut. Banyak kali juga aku menjenguk-jenguk mencari anak kucing itu tapi tetap tak jumpa. Rupa-rupanya anak kucing tersebut sudah 'landing' di bawah meja makan di rumah aku.

09 May 2010

Iron Man 2

2 Mei 2010 - Isteri telah 'booking' tiket untuk menonton wayang filem Iron Man 2 pada pukul 9.20pm di TGV Jusco Ipoh. Isteri begitu beria-ria dan teruja untuk menonton filem Iron Man 2 sehingga membeli set menu Iron Man 2 untuk dibawa masuk ketika menonton filem tersebut. Barangkali untuk menambahkan 'feel' ketika menonton agaknya.

Pada pendapat aku tentang filem ini, di awal penceritaan agak kurang menarik kerana terlalu banyak sesi bersembang. Aku agak apabila filem tersebut sudah menjengah ke separuh masa barulah aksi Iron Man itu baru bermula.

It Is Time To Karaoke

2 Mei 2010 - Selepas menghadiri kenduri perkahwinan A-2-Z, aku, isteri dan 2 orang adik aku tertanya-tanya kemanakah destinasi kami seterusnya? Lalu aku mencadangkan supaya ke Tesco Station 18 saja kerana jaraknya tidak berapa jauh dari lokasi majlis perkahwinan rakan kami itu.

Sesampainya di Tesco Station 18, mata aku terpandang pusat hiburan karaoke yang terdapat di dalam Tesco itu sendiri. Aku pun mengajak isteri dan adik-adik aku untuk berkaroke bersama. Isteri aku memang tiada halangan kerana beliau memang gemar berkaraoke.

08 May 2010

Selamat Pengantin Baru A-2-Z @ Khairul Azizi

2 Mei 2010 - Aku dan isteri telah menghadiri majlis perkahwinan rakan kami pada hari tersebut. Sebenarnya telah lama kami rancang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan kami itu. Rakan kami itu bernama Khairul Azizi atau lebih dikenali dengan 'nickname A-2-Z' di kalangan penggemar mIRC (multy internet relay chat client).

Aku dan isteri telah mengenali A-2-Z sejak tahun 2005 lagi. Kami berkenalan di server irc KampungChat.Org. Beliau merupakan salah seorang staff server irc tersebut. Aku juga merupakan bekas salah seorang staff irc server KampungChat.Org. Justeru itu, hubungan setiakawan di kalangan staff server memang agak akrab.

01 May 2010

Ujian Ultrasound Kali Ke-3

26 April 2010 - Aku dan isteri telah berkunjung ke Klinik Harmoni di Bercham Raya untuk membuat ujian ultrasound bagi melihat perkembangan 'baby' di dalam kandungan isteri aku. Isteri begitu beria-ria untuk melihat 'baby' yang dikandungnya dan begitu juga dengan aku.

Hasil imbasan mengesahkan usia kandungan 'baby' adalah 10 minggu 6 hari. EDD (Expected Date Deliver) pula adalah pada 18 November 2010. Aku dan isteri begitu teruja melihat ujian yang dijalankan kerana kami dapat melihat 'baby' bergerak-gerak di dalam kandungan isteri.

Jika tiada apa-apa halangan, kami merancang untuk melakukan 'scan' lagi pada bulan hadapan atau 2 bulan berikutnya untuk mengetahui perkembangan 'baby'.