Follow us

07 August 2010

Kenapa Aku Sudah Jarang Kemaskini Blog?

Sejak kebelakangan ini aku sudah tidak begitu kerap untuk kemaskini blog. Jika di imbas ketika mula-mula menulis blog dulu, aku memang begitu aktif 'post' cerita mengenai aku. Namun, semakin lama ianya menjadi semakin kurang.

Mungkin di awal dulu aku begitu teruja dengan blog ini. Namun, keterujaan aku pada blog sudah tidak seperti dulu lagi. Mengapa hal ini berlaku? Apakah yang menyebabkan aku begitu tidak kerap kemaskini blog lagi? Apakah alasan aku untuk menutup kemalasan aku untuk mengemaskini blog?

Ini adalah antara faktor-faktornya.

1) Aku semakin sibuk dengan tugas aku di pejabat sehingga mental aku agak penat kerana banyak berfikir dan bila berada di rumah aku perlu rehatkan mental aku supaya aku dapat kesegaran untuk bekerja keesokan harinya.

2) Di pejabat aku sudah banyak mengadap skrin komputer, jadi di rumah aku perlu rehatkan mata kerana mata aku sudah menjadi semakin rabun.

3) Setiap hujung minggu atau hari cuti aku kerap ke sungai untuk memancing ikan kerana itu adalah hobi baru aku. Justeru itu, aku tidak mempunyai masa untuk mengemaskini blog pada hari-hari tersebut.

4) Aku asyik makan tak tentu masa dan ini menyebabkan proses penghadaman makanan yang berlaku di dalam perut dan usus besar aku membuatkan aku mengantuk dan letih. (Macam tak relevan aje.)

5) Aku lebih suka melayan isteri aku yang sedang mengandung dan bakal melahirkan anak sulung tak lama lagi berbanding melayan blog.

No comments:

Post a Comment