Follow us

27 June 2010

Banana Split

Hari ni aku ke Giant Tambun untuk membeli beberapa keperluan kerana ketika aku ke Kuala Lumpur tempoh hari beberapa barangan aku telah tertinggal di sana (bersama isteri aku).

Ketika membelek-belek barangan keperluan aku itu, aku terpandang dengan jaket hitam yang telah lama aku cari dan idamkan. Sudah merata-rata tempat aku cari sehingga ke Uptown Shah Alam Seskyen 24 tapi di Giant Tambun yang berdekatan dengan rumah aku juga ditemui.

Gambar di atas masih belum ada kena-mengena dengan kisah ini kerana belum masuk bab makanan. Hehe...

Aku ke Giant bersama adik bongsu aku dengan menunggang motosikal sahaja. Ketika asyik membeli-belah hujan turun dengan lebatnya sehingga aku terperangkap di dalam Giant agak lama. Sudah banyak kali aku tawaf di dalam Giant itu tapi hujan yang lebat masih belum reda.

Justeru itu, sementara menunggu hujan reda tapi tak reda-reda, aku pun melepaklah di medan selera Giant sambil menikmati 'Banana Split' (sebagaimana ditunjukkan pada gambar di atas). Mudah saja membuatnya, cuma letak pisang dan ais krim dan terhasillah menu tersebut. Enak juga rasanya.

Marilah mencuba menu ini. Aku amat pasti anda akan rasa pisang. Hehe...

No comments:

Post a Comment