Follow us

28 February 2010

Kartrij Oh Kartrij

Di kala ada 'urgency' untuk 'print' dokumen yang penting, maka di kala itu jugalah kartrij printer kehabisan 'ink'. Bila sudah di 'refill' pun masih gagal untuk 'print' dokumen dengan baik. Nyatanya kartrij tersebut telah rosak.

Untuk beli kartrij 'printer' jenis HP Deskjet F4280, mungkin harganya agak mahal. Justeru itu, aku telah menyelongkar semula laci untuk mencari 'printer' lama jenis Canon i255 yang sudah lama terperap dan berhabuk. Aku cuci semula 'printer' tersebut dan membuat sambungan di 'desktop' yang terletak di ruang tamu.

27 February 2010

Makan Koew Teow Sup Di Dataran Ipoh Lagi

26 Feb. 2010 - Pada hari Rabu bertarikh 24 Feb. 2010, aku dan isteri telah ke Dataran Ipoh sebaik selesai bermain badminton untuk tujuan makan koew teow dan bihun sup. Tapi entah macam mana gerai tempat kami makan sup tutup pulak pada hari tersebut.

Justeru itu, semalam... sebaik sahaja selesai menonton wayang, kami telah sekali lagi ke Dataran Ipoh untuk makan koew teow dan bihun sup. Kali ini gerai tersebut buka. Gembira betul isteri aku sebab dapat menikmati sup di gerai tersebut.

Niyang Rapik

Malam tadi aku, isteri dan 2 orang adik perempuan aku telah menonton 'movie' Niyang Rapik di TGV Jusco Ipoh. Terus terang aku katakan aku tidak tahu apa-apa mengenai Niyang Rapik. Bila isteri mengajak aku untuk menonton Niyang Rapik barulah aku tahu tentang 'movie' itu.

Kami telah 'booked' 4 'seats' untuk tayangan pada pukul 9.20pm. Jadi sekitar pukul 8.30pm kami telah bertolak dari rumah. Sesampainya di Jusco didapati keadaan di dalamnya begitu sesak dengan pengunjung. Barangkali ramai yang mengambil peluang cuti ini untuk berjalan-jalan. Sukar juga untuk aku dapatkan tempat letak kereta walaupun di 'roof top'.

Bermandi-Manda Di 'Intake'

Selepas sahaja selesai solat Jumaat di Masjid An-Nur Batu 8, kami telah bersiap-siap untuk bermandi-manda di Hutan Lipur Ulu Kinta atau 'Intake'. Isteri aku telah menyediakan bahan-bahan untuk membuat 'sandwich' dan beberapa makanan ringan yang lain. Maklumlah ketika mandi inilah makanan yang pada dasarnya biasa telah berubah menjadi amat sedap.

Aku telah ke sana dengan menunggang motosikal bersama adik bongsu aku.  Kawasan rekreasi tersebut terletak tidak jauh dari tempat tinggal aku. Isteri aku pula memandu kereta bersama-sama emak dan adik-adik perempuan aku. Cuaca pada ketika itu pula mendung seakan-akan menunjukkan hujan akan turun.

'Lunch' Di Gergasilah Pulak Dan Apa-Apa Yang Patut

Semalam merupakan hari cuti umum sempena Maulidur Rasul. Kebetulan isteri juga cuti pada hari tersebut, maka dikesempatan hari cuti itu aku pun banyak menghabiskan masa bersama isteri tersayang.

Kami telah bercadang untuk ke kawasan rekreasi Hutan Lipur Ulu Kinta atau lebih popular dipanggil 'Intake' di kalangan penduduk setempat. Untuk tujuan itu, kami telah ke kompleks membeli-belah "Gergasi" untuk mencari bahan-bahan membuat 'sandwich'.

26 February 2010

Apa Menu Kelmarin?

Kelmarin isteri aku telah buat satu menu yang aku kira biasanya di makan oleh "omputih". Menu tersebut dipanggil 'salad'. Aku pun tak pasti mengapa ianya dipanggil begitu. Mungkin disebabkan banyak bahan-bahannya terdiri dari sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak.

 Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat menu tersebut adalah salad, lobak merah, kubis ungu, 'baby tomato', 'chicken popcorn', 'potato wedges' dan mayonis. Cuma 'chicken popcorn' dan 'potato wedges' sahaja yang digoreng. Selebihnya dimakan mentah macam ulam. Rasanya memang sedap. Cubalah resipi ala-ala "omputih" ini.

23 February 2010

She Is Hungry

Petang tadi selepas balik dari kerja, aku mengajak isteri untuk makan di kedai makan simpang tiga Batu 8. Pada blog yang lepas, aku ada menyebut tentang kehebatan mee/koew teow kari di situ. Justeru itu, aku ingin mengajak isteri untuk menikmatinya.

Isteri telah tidak makan sejak petang  semalam kerana kesibukan kerja yang amat sangat sehingga terlupa untuk makan. Maka untuk menambahkan lagi tahap kelaparannya, beliau telah bertindak untuk tidak makan sehinggalah aku balik dari kerja kerana beliau ingin makan bersama-sama dengan aku. Solehah betul isteri aku ini. Hehe...

Hadiah Daripada Isteri

Isteri aku balik ke Ipoh pada hari ini setelah beberapa hari bekerja 'shift' malam di hospital. Beliau bercuti sehingga hari Jumaat. Jadi selepas habis 'duty' terus sahaja beliau memandu balik ke Ipoh dan tiba di rumah sekitar tengah hari tadi.

Aku pula pada hari ini agak sibuk kerana perlu menghadiri dua (2) mesyuarat tapak. Pada sebelah pagi bermesyuarat di Chepor dan pada sebelah petang pula bermesyuarat di Malim Nawar. Selepas selesai bermesyuarat petang terus aku pulang ke rumah kerana menyedari isteri telah lama menanti aku di rumah.

22 February 2010

The Breakfast

Pagi tadi bersarapan pagi di belakang apartment bomba berdekatan Stadium Perak. Ini adalah kali ke-2 aku bersarapan di sini. Suasana di sini pun 'quite okay'. Walaupun berada di belakang apartment tapi pengunjung tetap ramai. Mungkin ada sesuatu yang istimewa di sini.

Menurut sumber-sumber yang aku dapat, kebanyakan peniaga makanan di sini adalah terdiri daripada penghuni apartment itu sendiri. Apartment itu pula adalah untuk kakitangan bomba. Jadi boleh aku simpulkan peniaga di sini adalah terdiri di kalangan isteri-isteri ahli bomba. Hehe...

21 February 2010

Kudapan Petang Di KTM Corner

Petang tadi aku bersama adik bongsu aku telah pergi ke KTM Corner di Tanjung Rambutan. Sebagaimana ditunjukkan pada gambar di atas, aku pun kurang pasti bagaimanakah kronologi stesen keretapi tersebut sehingga berubah menjadi kedai makan.

Sebenarnya sejak dari semalam lagi aku teringin untuk makan mee kari di situ. Jadi sebab itulah pada petang tadi aku ke sana. Nak pergi makan berseorangan rasa macam kurang seronok pulak, maka dengan itu aku bawa adik bongsu aku untuk menemani.

20 February 2010

Meronda Di Pasar Petang @ Malam Sudahnya

Petang tadi pergi ronda-ronda naik motosikal dengan adik bongsu aku. Cadangnya nak jalan-jalan cari makan. Ronda-ronda di pekan Tanjung Rambutan. Kemudian meronda ke Ulu Kinta pulak. Lepas itu pergi ke Batu 6 dan akhir sekali singgah di pasar malam (walaupun masih petang) di Bercham Raya. Dah lama jugak aku tak ke sini. Kali terakhir kalau tak silap aku ketika itu diadakan Bazar Ramadhan di sini, iaitu sekitar bulan September 2009.

Pasar petang @ malam di Bercham Raya ini diadakan 2 kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Sabtu. Kawasan ini mula menunjukkan perkembangan kemajuan yang ketara sejak terdapat banyak rumah teres di bina di kawasan sekitarnya. Kedai-kedai di sini juga sangat laku macam goreng pisang panas. Tiada kedai kosong di sini, semuanya penuh disewa atau dibeli.

Format Laptop

Pagi tadi dalam pukul 10.00am aku telah format semula lsistem operasi Windows untuk laptop aku. Ini adalah kerana kadar kecepatan untuk memproses data dan membuka fail-fail agak perlahan. Penyelesaian yang aku dapat adalah dengan format semula sistem operasi Windows laptop itu.

Sebelum ini aku menggunakan Windows Vista Ultimate Edition. Kali ini aku ingin menukar kepada Windows XP Professional Corporate Edition SP3. Ini adalah kerana 'view' untuk versi yang hendak aku pasang ini lebih kemas dan cantik. Tambahan pula isteri aku juga mengatakan sistem operasi tersebut lebih cantik.

BBQ Di Pos Slim

Pada hari Jumaat bertarikh 12 Feb. 2010, aku menerima panggilan telefon dari 'second boss' menjemput aku untuk hadir pada majlis BBQ pada 19 Feb. 2010 jam 8.30pm yang dianjurkan oleh Bahagian beliau di Pos Slim, iaitu suatu lokasi di jalan ke Cameron Highland.

Aku pun memaklumkan bahawa aku akan hadir. Jadi, aku pun telah 'arrange' dengan 'driver' untuk tujuan ke sana. Aku juga memaklumkan supaya dijemput beberapa kakitangan lagi supaya dapat memeriahkan lagu majlis BBQ tersebut.

Aku 'Lunch' Kat Sini Semalam

Setiap kali selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman Sungai Tapah di Manjoi, aku akan balik ke pejabat ikut jalan di Sibilin. Dan bertentangan Klinik Kesihatan Jelapang terdapat sebuah restoran dengan menjual makanan pelbagai menu, iaitu Mizi's Restaurant & Cafe.

Acapkali bila terpandang saja restorang tersebut membuatkan aku berkeinginan untuk merasa makanan di restoran tersebut. Jadi, selepas saja selesai solat Jumaat aku pun singgah la untuk makan tengah hari di situ.

17 February 2010

Lihat Sahaja, Sila Jangan Komen

Sebenarnya aku 'snap' gambar ini di suatu lokasi (nama dirahsiakan). Apa yang pelik? Dan apa pula yang melucukan? 'Whiteboard' tersebut diletakkan di bahagian luar bangunan di mana semua orang yang datang mempunyai akses untuk menulis di 'whiteboard' tersebut.

Tetapi 'whiteboard' tersebut telah dikhususkan untuk Bahagian tertentu di agensi (nama dirahsiakan) itu. "Tolong Jangan Curi Pen!!!". Mungkin ianya ditujukan kepada sesiapa  sahaja yang mengunjungi agensi tersebut.

The Traffic Flow

16 Feb. 2010 - Keadaan trafik ketika aku balik tadi untuk ke arah utara sememangnya lancar. Namun, keadaan trafik menghala ke arah selatan juga bergerak lancar cuma terdapat kesesakan di beberapa lokasi seperti di Gua Tempurung - Tapah dan Lembah Beringin - Bukit Tagar.

Gambar kesesakan trafik di atas agak kurang jelas kerana  aku 'snap' gambar tersebut ketika sedang memandu. Awas! Jangan diamalkan cara tersebut ketika memandu. Ia begitu berbahaya kerana boleh membuatkan kita hilang fokus pemanduan.

What Happen Today?

16 Feb. 2010 - Hari ni 'check out' hotel. Sebaik sahaja 'check out' hotel kami terus mencari kedai servis kereta untuk membeli bateri kereta jenis NS40ZL untuk kereta isteri aku kerana bateri kereta beliau sudah "kong". Agak sukar untuk mencari kedai servis yang buka pada hari ini kerana kebanyakan taukeh-taukeh kedai servis masih bercuti sempena Tahun Baru Cina. Akhirnya, berjaya juga kami membeli bateri yang dicari-cari, iaitu di Stesen Minyak Caltex di Bandar Sunway ini.

Aku mengesyorkan supaya membeli bateri jenis 'maintenance free' sahaja kerana lebih mudah dijaga walaupun harganya agak mahal sedikit. Jenama bateri ialah "Century" berharga RM220.00. Memandangkan hanya itu sahaja pilihan yang ada maka mahu tak mahu aku beli jugaklah.

Ingin tahu apa cerita kami pada hari ini? Sila klik Baca Lagi... siap aku 'attach' gambar lagi. Hehe...

16 February 2010

Jalan-Jalan Di Uptown Shah Alam

15 Feb. 2010 - Selepas kenyang makan malam, kami pun membuat keputusan untuk ke Uptown Shah Alam. Aku belum pernah lagi ke Uptown Shah Alam. Sebelum ini aku hanya pernah ke Uptown Damansara dan Uptown Danau Kota sahaja. Uptown Cheras pun aku masih belum berkesempatan untuk singgah kerana tiada tempat untuk 'parking' kereta pada ketika itu.

Uptown Shah Alam terletak di Seksyen 24. Aku berpendapat Uptown Shah Alam masih baru lagi kerana ketika aku tamat belajar di UiTM Shah Alam sekitar tahun 2004, lokasi tersebut masih belum diwujudkan lagi.

The Romantic Dinner

Malam tadi kami dinner di kedai makan yang barangkali ter'famous' di Bandar Sunway ini. Nama kedai makan tersebut ialah Asilla Tomyam dan 'table' di kedai makan tersebut sentiasa penuh. Pelanggang tidak putus-putus datang mengunjungi kedai makan tersebut.

Konsep yang ditonjolkan di kedai makan tersebut agak unik, iaitu bercirikan 'candle light'. Tetapi di setiap meja tidaklah diletakkan lilin sebaliknya di letakkan lilin cair di dalam gelas. Memang romantik dapat makan malam bersama yang tersayang dalam suasana sebegitu.

15 February 2010

Sapedek Petang Di Kedai Mamak

Sebentar tadi baru saja 'pekena' roti pisang dan teh tarik di kedai mamak yang terletak di bawah Hotel Sun Inns ini. Setelah berada agak lama di dalam bilik dengan suhu 'air-cond' diset ke paras kesejukan maksimum, iaitu 16 darjah selsius, maka aku pun mengalami kesejukan yang belum tahap hyportemia lagi.

Sayugia, aku pun terdetik untuk memanaskan badan aku dengan teh tarik. Sedap betul rasa teh tarik tadi sementelah kesejukan. Roti pisang? Sebenarnya rakan aku bernama Zakhiri yang memperkenalkan roti pisang kepada aku suatu ketika dulu (ketika zaman belajar di UiTM Shah Alam).

The Lunch

Isteri bekerja 'shift' petang pada hari ini. Jadi sebelum beliau pergi kerja kami telah makan tengah hari di Restoran Seri Bidara sekali lagi. Agak banyak juga hidangan tengah hari yang disediakan oleh restoran ini sehingga tak tahu untuk memilih lauk yang mana untuk di makan.

Menjamu Selera Di Restoran Seri Bidara

14 Feb. 2010 - Ketika seharian menanti isteri untuk pulang dari kerja, perut pun sudah berkeroncong kelaparan. Isteri juga tidak makan seharian kerana ingin makan bersama aku. Wah, mithali sungguh isteriku ini.

Aku pun tak pasti untuk makan petang + malam di mana lagi. Kalau boleh aku ingin makan di kedai makan berhampiran sahaja kerana perut aku memang sudah lapar. Isteri mencadangkan supaya makan di Restoran Seri Bidara yang terletak sangat berhampiran dengan hotel tempat kami menginap.

Hotel Sun Inns

Kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel selepas bermalam 1 hari di rumah sewa isteri aku. Ini adalah kerana aku ingin mendapatkan suasana yang lebih selesa dan romantik antara kami. Hehe...

Memandangkan isteri aku masih lagi bekerja 'shift' maka kami pun membuat keputusan untuk menyewa bilik hotel yang berhampiran sahaja supaya mudah untuk aku menghantar beliau ke tempat kerja. Kami pun meninjau hotel-hotel yang ada di sekitar Bandar Sunway ini.

14 February 2010

Jalan-Jalan With My Wife At Shah Alam & Sunway Pyramid

Pada 13/2/2010, aku telah menemani isteri untuk pulang ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Aku telah bersarapan di rumah pagi tadi tetapi isteri aku belum menjamah sebarang makanan lagi. Kami bergerak dari rumah pada pukul 10.00am dan sampai di Bandar Sunway pada pukul 12.48pm. Aku memandu kereta agak perlahan sahaja sekitar 100 - 110km/j.

Isteri sepatutnya bekerja 'shift' petang tetapi tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital untuk cuti pulak. Maka peluang yang ada itu kami manfaatkan dengan aktiviti berjalan-jalan di sekitar Shah Alam. Misi utama adalah untuk mencari tempat makan kerana perut kami pun sudah lapar bangat.

Highway Jammed

Aku mengambil keputusan dan kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina ini untuk menemani isteri pulang ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Sebelum ini aku masih belum pernah menemani beliau pulang. Selalunya beliau yang akan pulang sendirian.

Perjalanan untuk ke KL agak lancar dan lengang. Ia begitu memudahkan perjalanan aku. Namun,  perjalanan dari KL ke utara jalan begitu sesak. Aku perhatikan di sepanjang lebuhraya penuh dengan kenderaan. Jalan 2 lorong sudah jadi 3 lorong. Lorong kecemasan pun penuh dengan kenderaan.

11 February 2010

Makan Steambot Di Restoran MP

Kebiasaannya pada hari Rabu (malam) aku akan bermain badminton. Tetapi atas ajakan seorang kawan berbangsa Tionghua maka aku terpaksa batalkan aktiviti bermain badminton aku pada malam tersebut kerana beliau begitu beria-ia untuk mengajak aku makan malam.

Maka kami bersama rakan-rakan yang lain telah ke Restoran MP yang terletak di Jalan Chin Choon Sam di Greenhill. Misi utama adalah untuk makan 'steamboat'. Banyak jugak lauk-lauk segar di 'steamboat' kan. Bak kata orang, apa yang restoran sajikan semuanya dicuba rasa. Kalau tak rasa nanti menyesal pulak.

Masa Untuk Mc Donald

Petang semalam aku menjemput isteri di stesen keretapi Ipoh kerana beliau bercuti setelah beberapa hari 'night shift'. Beliau bercuti sehingga hari Sabtu. Kali ini beliau balik dengan menaiki keretapi pula.

Memandangkan beliau pun sedang lapar kerana belum makan sejak pagi kerana ingin makan bersama aku, maka aku pun membawa beliau ke Restoran Mc Donald di Jalan Sultan Azlan Shah untuk makan. Dah agak lama kami tidak ke sini. Kali terakhir datang ke sini pun ketika zaman sebelum kahwin dulu.

09 February 2010

Lepak Lagi

Selepas tamat waktu kerja, rakan aku mengajak aku untuk berjumpa. Lokasinya adalah 'port' biasa, iaitu Restoran Mee Rebus Ramli di Tasek. Ada perkara yang nak disembangkan katanya. Dah jadi macam tempat melapak tetap pulak jadinya di setiap petang.

Rakan aku ini lemah sikit dalam matematik, jadi aku pun 'assist' lah beliau tentang bagaimana untuk buat pengiraan yang betul lebih-lebih lagi dalam pekerjaan. Walaupun aku bukanlah hebat sangat dalam bidang akaun. tapi ilmu asas tu bolehlah aku ajarkan kepada beliau.

Eating Of The Day

Hari ini aku 'lunch' di Unique Seafood Tambun di Sunway City. Entah mengapa seseorang mengajak aku untuk 'lunch' sekali lagi di sana pulak. Mungkin sebagai tanda penghargaan ataupun jamuan makan besar sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sebenarnya sudah beberapa kali aku 'lunch' di sini dan pad ahari ini masih orang yang sama mengajak aku untuk 'lunch' di sini. Rasa makanan di sini memang 'tip top' kerana ianya memang 'chinese food'. Sesiapa yang terasa ingin makan 'chinese seafood' bolehlah berkunjung ke sini kerana Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan juga pernah singgah di sini.

08 February 2010

Makan Nasi Ayam Di Mee Rebus Ramli

Hari ini rakan aku mengajak aku untuk berjumpa di Mee Rebus Ramli di Tasek lagi. Jadi selepas tamat waktu kerja aku pun pergilah ke restoran tersebut. Saja nak jumpa katanya. Sebaik sahaja sampai di restoran, terus aku pesan nasi ayam dan kopi 'o' ais.

Aku ingin cuba rasa nasi ayam di sini pula. Kebiasaannya aku makan mee rebus atau chicken chop sahaja. Taknak aku komen rasa nasi ayamnya di sini. Sekiranya anda ingin merasainya silalah ke Mee Rebus Ramli.

My Cute Little Kitten

Aku adalah penggemar kucing. Aku memang menyayangi kucing. Bagi aku kucing adalah haiwan yang sangat comel. Jadi tidak hairanlah rumah aku mempunyai banyak kucing. Tambahan pula adik perempuan aku juga penggemar kucing. Maka urusan untuk menjaga makan dan sakit kucing tidaklah teruk sangat.

Aku amat hairan mengapa ada segolongan manusia yang tidak mempunyai rasa belas kasihan sanggup membuang kucing-kucing terutamanya di pasar atau medan selera. Kadang kala anak-anak kucing pun turut dibuang juga. Aku mudah kasihan melihat kucing-kucing terbuang dan 'homeless' ini. Jika aku terjumpa anak-anak kucing pasti aku akan bawa balik ke rumah.

Makan Malam Di Bercham

Sebentar tadi aku ke Bercham untuk makan malam. Itupun atas ajakan seorang kawan lama. Sudah banyak kali beliau mengajak aku untuk aktiviti lepak-lepak tetapi disebabkan kesibukan masing-masing aktiviti lepak terpaksa ditunda beberapa kali.

Kawan aku itu bernama Hisham. Ketika ini beliau bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan infra Tamby Construction. Sebelum ini kami merupakan 'officemate' ketika sama-sama bekerja di Puchong, Selangor. Jadi bila ada masa terluang kami akan berjumpa untuk bercerita aktiviti yang dilakukan pada ketika ini.

06 February 2010

My Primary School

Aku bersekolah rendah di Sek. Ren. Keb. Methodist Tanjung Rambutan atau lebih dikenali dengan nama SRK Methodist Tg. Rambutan. Kini nama khas tersebut telah sedikit berubah menjadi Sekolah Kebangsaan Methodist Tg. Rambutan.

Pada tahun 1987, aku telah memasuki alam persekolahan di sekolah tersebut sehinggalah taman persekolahan darjah enam pada tahun 1992. Keputusan UPSR aku? Hehe... Masih tersemat dalam kotak ingatan aku walaupun sijil UPSR sudah hilang.

Selamat Hari Lahir Sayang

Hari ini merupakan hari lahir isteri aku Fasha Murshida Binti Abdul Hamid yang ke-24 tahun. Beliau dilahirkan pada 6 Februari 1986 di Sabak Bernam. Namun begitu kami tidak dapat meraikannya bersama kerana beliau bertugas pada hari ini. Maklumlah kerja 'shift' sebagai jururawat tidak mengambil kira hari cuti sebagaimana kerja dalam waktu pejabat.
 
Justeru itu mungkin kami akan meraikannya agak lewat sedikit iaitu pada 10 Februari 2010 kerana pada waktu itu beliau bercuti dan akan pulang ke Ipoh.  Hadiah? Aku hanya memberikan hug and kissess untuk beliau. Hehehe...

Dear My Lovely And Cute Wife Fasha Murshida Binti Abdul Hamid, Happy 24th Birthday To You.

Cendol

Hari ni teringin nak makan cendol pulak. Jadi memandangkan hari pun panas dan berbahang, elok benarlah sekiranya tekak ini dibasahi dengan cendol. Maka dengan itu aku dengan cergasnya telah ke pekan Tanjung Rambutan untuk membeli cendol.

Lokasi untuk membeli cendol telah aku tentukan iaitu gerai bergerak berhampiran CIMB Bank Tanjung Rambutan. Aku pernah beli cendol di situ sebelum ini. Kali ini aku membeli 2 bungkus cendol untuk dibawa balik. Takkanlah aku nak membasahkan tekak aku seorang saja. Nak jugak bagi mak aku makan cendol.

My Wedding Pictures

Finally my wedding pictures are completed already. Yesterday the photographer delivered to me the albums. They are very nice pictures in them. Credits should be given to them in producing a very good picture.

Walaupun berlaku sedikit kelewatan dalam menyiapkan album gambar tersebut disebabkan kehabisan stok buku album di kilang, namun aku amat berpuas hati dengan mutu dan kualiti 'photography' yang dihasilkan. Di sini aku 'attach' beberapa gambar untuk tatapan kawan-kawan.

04 February 2010

Mee Rebus Ramli

Hari ini selepas habis waktu kerja, aku tidak terus pulang ke rumah tapi aku ke Tasek kerana ingin berjumpa seorang rakan di sana. Aku memang kerap berjumpa dengan rakan aku ini. Boleh dikatakan dalam seminggu mesti ada sekali atau 2 kali jumpa. Sebenarnya aku berkenalan dengan beliau sekitar tahun 2007 ketika aku bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor.

Jadi setiap kali perjumpaan kami pasti akan diadakan di Mee Rebus Ramli. Di Tasek terdapat sebuah restoran Mee Rebus Ramli. Kami memang kerap ke sini sehingga pekerja restoran tersebut sudah mengenali kami.

02 February 2010

Swiss Garden International Vacation Club Berhad

Aku adalah ahli Swiss Garden International Vacation Club Berhad (SGIVCB) sejak 31 Ogos 2006. Sehingga ke hari ini sudah hampir 4 tahun aku menjadi ahli SGIVCB. Terdapat beberapa pakej untuk ahli SGIVCB. Aku memilih untuk menjadi ahli Gold Even (GE) kerana itu adalah pakej  ahli yang paling murah iaitu RM12000.00 pada ketika itu. Aku difahamkan pakej GE sekarang ini telah mencecah RM25000.00. Ini bermakna peningkatan sekali ganda.

Sebagai ahli SGIVCB, sudah pastinya aku pernah menggunakan keistimewaan sebagai ahli apabila menginap di Hotel Home-Based Swiss Garden ini. Sering juga aku menggunakan laman web ahli SGIVCB di http://www.sgivacationclub.com sekiranya untuk membuat tempahan bilik hotel. Disebabkan aku merupakan ahli SGIVCB, maka aku mempunyai jumlah hari 'entitlement' dalam setahun di mana aku boleh menginap di bilik hotel Swiss Garden secara percuma.

Ini Sepatutnya Menjadi Jalan Sehala

Ketika menemani isteri ke klinik di Fair Park, aku telah berjalan-jalan di kaki lima kedai-kedai sebaris klinik tersebut. Lalu dengan tidak semena-mena mata aku terpandang dengan 'design' jalan yang agak pelik.

Aku bukanlah hebat tentang jalan tapi aku mempunyai pengalaman membuat jalan ketika bekerja dengan kontraktor suatu ketika dulu. Jalan lorong tepi kedai kebiasaanya di 'design' dengan kelebaran 3.25m - 3.65m untuk 1 'lane'. Namun, jalan tersebut telah di bahagi dua. Ini bermakna lebar untuk 1 'lane' bagi jalan tersebut ialah 1.625m - 1.825m. Aku amat yakin, lebar sebuah kereta sudah hampir menyamai lebar 'lane' jalan tersebut.

Promosi Hebat Sangat?

Beberapa hari yang lalu, mak aku telah membawa pamplet yang menyenaraikan jualan promosi harga murah di sebuah pasar raya yang agak terkenal. Aku pun mengambil kesempatan tersebut untuk membelek-belek apa yang dipromosikan itu.

Tiba-tiba mata aku terpandang dengan suatu potongan harga barangan elektrik yang agak melucukan. Ianya merupakan sebuah 32" LCD TV yang berharga RM1598.88 setiap unit. Harga sebelum adalah RM1599.00 seunit. Potongan sebanyak RM0.12 untuk setiap unit.

The Return Of The Racket And The Game

Finally, the racket come back to me. As my friend said, the world is proud to have such an honest people who returns thing which not belong to him. I am so happy because my old racket at ages around 15 years old  will joined me play at my hand grip.

Malam ini aku bermain badminton di gimnasium sekolah Ta'ayah sebagaimana selalu. Aku menggunakan raket yang baru dibeli. So far, kadar 'smash' agak memberansangkan walaupun 'smash' aku masih belum cukup kuat. Aku perlu kuatkan stamina lagi kerana aku mudah terasa penat. Peluh pula berjujuran keluar sehingga membasahi baju.