Follow us

30 April 2011

Menonton Perlawanan Bolasepak Perak vs Kedah Di Stadium Perak

Pada 29 April 2011, aku bersama 2 orang lagi sahabat aku bernama Mizi dan Faiez telah pergi menonton perlawanan bolasepak antara Perak dan Kedah di Stadium Perak. Ini adalah siri ke-2 perlawanan yang kami saksikan. Siri pertama yang kami saksikan dulu adalah antara Perak dan Terengganu pada 19 April 2011 yang lalu.

Pada mulanya, aku ingatkan perlawanan Perak dan Kedah ini pada 30 April 2011 (Sabtu) tapi bila aku baca suratkhabar ruangan sukan, jadual perlawanan berubah pada 29 April 2011 pulak. Aku masih ingat lagi memang dengan jelas dan nyata pada sebelum ini aku lihat jadual perlawanan adalah pada 30 April 2011.

23 April 2011

Memperbaharui Kad Hijau CIDB

Pada 20 April 2011 yang lalu, aku telah ke pergi ke Pejabat CIDB di Tingkat 5 Bangunan KWSP, Ipoh untuk memperbaharui Kad Hijau CIDB yang telah lama tamat tempoh. Seingat aku Kad Hijau CIDB aku sebelum ini telah tamat tempoh pada September 2009. Memandangkan bidang kerja aku memang melibatkan aktiviti pembinaan, jadi elok dan wajarlah Kad Hijau CIDB aku ini diperbaharui. Ini kerana pemegang kad ini (selagi dalam tempoh aktif) adalah diinsurankan dengan Skim Takaful Berkelompok CIDB.

Jika tak silap aku, sekiranya pemegang-pemegang Kad Hijau ini tidak memperbaharui kad dalam tempoh tiga (3) tahun maka mereka perlu mengambil atau menghadirkan diri semula untuk seminar/kursus CIDB tersebut selama satu (1) hari. Antara faktor aku memperbaharui Kad Hijau aku adalah kerana aku tak mahu menghadiri kursus tersebut sekali lagi. Hehe...

mIRC - Naik Pangkat Jadi Service Operator Di Server KampungChat.Org

Sudah hampir sebulan aku tidak memblog. Nampaknya semakin lama semakin kurang aku memblog. Tapi itu bukan petanda aku sudah ingin menamatkan aktiviti memblog aku ini. Cuma sekali sekala bila ada kelapangan barulah aku memblog. Aku cuma tidak mahu mewajibkan diri aku untuk memblog dan aku juga tidak mahu menghambakan diri untuk memblog.

Kali ini, cerita yang ingin aku sampaikan adalah mengenai aktiviti IRC yang telah aku ceburi sejak tahun 2003 sehingga kini atau dengan bahasa mudahnya adalah chat. Mungkin ada dikalangan anda yang tahu mengenai IRC ini dan mungkin juga ada yang baru tahu ataupun memang tak tahu langsung.