Follow us

14 August 2010

Repair Kereta

Sempena hari Sabtu, iaitu hari cuti bagi sebilangan orang dan sebilangan sektor, aku mengambil kesempatan untuk menghantar kereta aku untuk dibaiki. Sebenarnya telah lama aku menyedari terdapat sedikit kerosakan berkaitan 'temperature' pada kereta aku yang cepat naik.

Namun, sejak kebelakangan ini keadaan 'temperature' itu sudah menjadi semakin kritikal di mana setiap kali ingin menggunakan kereta aku perlu mengisi air pada tangki air dan radiator. Bagi mengelakkan enjin kereta aku itu 'berasap' dek kepanasan maka terpaksanyalah aku menghantar kereta ke woksyop di Bandar Baru Putra, Bercham untuk dibaiki sementelah kadar perbelanjaan untuk bulan ini agak kencang dan menipiskan ketebalan dompet aku. Ahh... oksigen... oksigen...

11 August 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Salam Ramadhan diucapkan buat semua umat Muslimin & Muslimat di seantero dunia.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak utk tahun 1431 Hijrah kepada umat Muhammad sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini akan memberikan semangat yang lebih jitu dan padu dalam jiwa sanubari kita untuk melipatgandakan amalan baik dan ibadah kita ke hadrat Allah SWT.

Justeru itu, ayuhlah kita membersihkan hati kita dengan amalan-amalan maaruf yang dijanjikan Allah SWT. Sempena Ramadhan yang mulia ini, marilah kita kejar sebanyak mungkin pahala dan terapkan dalam jiwa semoga ianya menjadi amalan rutin kita seharian.

Berpuasalah kerana ia adalah tempoh untuk organ badan kita berehat dan ia juga boleh menyihatkan tubuh badan kita. Tiada amalan diet pemakanan yang lebih afdal melainkan berpuasa di siang hari pada bulan Ramadhan.

Bertarawikhlah kerana ia adalah bentuk senaman fizikal dan rohani yang paling baik. Tiada solat tarawikh dilakukan selain dari bulan Ramadhan. Janganlah dipersia-siakan peluang keemasan yang datang sebulan dalam setahun ini kerana ganjaraan yang dijanjikan Allah SWT sangatlah lumayan.

Selamat Menunaikan Rukun Islam Ke-3.

07 August 2010

Kenapa Aku Sudah Jarang Kemaskini Blog?

Sejak kebelakangan ini aku sudah tidak begitu kerap untuk kemaskini blog. Jika di imbas ketika mula-mula menulis blog dulu, aku memang begitu aktif 'post' cerita mengenai aku. Namun, semakin lama ianya menjadi semakin kurang.

Mungkin di awal dulu aku begitu teruja dengan blog ini. Namun, keterujaan aku pada blog sudah tidak seperti dulu lagi. Mengapa hal ini berlaku? Apakah yang menyebabkan aku begitu tidak kerap kemaskini blog lagi? Apakah alasan aku untuk menutup kemalasan aku untuk mengemaskini blog?