Follow us

25 July 2010

Bagaimana Aku Terjebak Untuk Memancing?

Sebenarnya sudah agak lama aku tidak memancing. Seingat aku kali terakhir aku memancing adalah ketika bersekolah rendah dahulu. Jika dicongak, tempoh aku "bersara sementara" dari aktiviti memancing adalah selama kira-kira 18 tahun lamanya. Itu memang suatu tempoh masa yang lama.

Pada masa itu, aku mempunyai 2 batang joran memancing. Bapa aku belikan kedua-dua 'reel' dan sebatang rod sepanjang 8'. Manakala sebatang rod lagi sepanjang 6' aku sendiri yang beli hasil duit tabungan ayam dan arnab.

11 July 2010

Char Koey Teow Batu 8

Selepas letih mencari udang, aku pun singgah di kedai char koey teow yang terletak di Batu 8. Char koey teow ini memang popular di kalangan penduduk tempatan dan orang luar. Tidak keterlaluan untuk aku katakan rasa char koey teow tersebut memang "kawww" punya.

Untuk makluman anda, udang yang diletakkan pada char koey teow itu bukanlah udang sungai yang aku cari tadi tapi merupakan udang yang dibeli oleh tuan punya kedai di pasar malam (agaknyelah).

Bagi anda yang teringin untuk merasa kesedapan char koey teow ini, lokasi kedai adalah bertentangan dengan pintu masuk utama Masjid An-Nur Batu 8. Seharusnya rancangan Warung Kita patut singgah di kedai char koey teow tersebut.

Aktiviti Di Hujung Minggu

Semalam aku ke Sungai Kuda untuk memancing dan memanah ikan. Hari ini pun aku ke Sungai Kuda dengan niat utama untuk memanah ikan berbanding memancing ikan. Jika semalam aku berjaya memanah seekor ikan sia dan seekor ikan baung tapi hari ini aku gagal mendapatkan walau seekor ikan kerana keadaan air sungai yang keruh menyebabkan kadar penglihatan selaman menjadi begitu terhad.

Justeru itu aku cuba memancing namun tidak mendatangkan hasil kerana umpan yang aku bawa kurang sesuai dengan aliran air sungai yang deras tambahan pula aku begitu berhati-hati supaya mata kail tidak tersangkut di celahan batu kerana aku terlupa untuk membawa gajet memancing aku sekiranya tali pancing putus.

Saje Suka-Suka

Kisah kali ini tiada kena mengena dengan aku atau pun kucing aku. Tapi sengaja aku memblog perihal kucing itu di blog aku setelah membacanya di blog blogger lain. Ini adalah kerana kucing itu begitu comel sekali.

Nama kucing itu adalah Shironeko, berusia 8 tahun dan berasal dari Jepun. Shironeko telah diberi gelaran "Kucing Yang Paling Malas Didunia" kerana aktivitinya yang suka tidur. Pada pendapat aku pula, memandangkan usia kucing itu sudah menjangkau 8 tahun maka tidak hairahlan Shironeko gemar tidur. Ia boleh diibaratkan seperti manusia yang berumur 60 tahun.

Untuk melihat gambar-gamabr Shironeko yang comel silalah klik pada link dibawah. Enjoy...

04 July 2010

Bakal Hobi Baru - Memancing Ikan

Semalam dan hari ini aku pergi ke Sungai Choh atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Sungai Tanjung atau Sungai Kuda. Ini adalah kerana sungai tersebut melalui pekan Tanjung Rambutan dan boleh juga diakses melalui ladang kuda yang terletak berhampiran.

Sudah agak lama aku tidak ke sungai tersebut. Kali terakhir aku ke sana seingat aku adalah bersama sahabat baik aku bernama Sahidan. Air sungai tersebut kadang kala jernih dan kadang kala keruh macam air teh. Ada 2 faktor sekiranya air sungai menjadi keruh, iaitu terdapat aktiviti pembalakan di hulu atau hujan lebat di hulu.